Sentimen “Sabah For Sabahan” bahaya – Datuk Tawfiq memang benar!

Diterbitkan pada: 6:50AM 07/08/2016
Kategori: Pro Politik
330 Pembaca

BANNER pencerobohan lahad datu

Kenyataan terbaru Datuk Tawfiq mengenai bahaya sentimen ini adalah benar dan tepat. Namun ramai pembangkang dalam negeri dan gerakan pemisah yang tidak menyukai kenyataan ini kerana mengugat modal politik mereka di masa hadapan.

Dalam keratan akhbar mengenai kenyataan Datuk tawfiq telah menekan bahawa bahawa sentimen ini yang mengajak masyarakat Sabah untuk membenci masyarakat yang daripada semenanjung Malaysia. Hal ini sangat tepat, jika kita melihat parti pembangkang tempatan dan gerakan pemisah Sabah banyak menggunakan sentimen kebencian terhadap masyarakat terhadap semananjung Malaysia.

Datuk Tawfiq sendiri telah menyatakan bahawa kita harus mengambil pengajaran terhadap peristiwa pemberontakan di Lahad Datu. Perjuang negara tanpa mengenal sentimen negeri telah berjuang untuk mempertahankan negeri Sabah iaitu dalam Negara Malaysia.

Sehinggakan ada yang terkorban yang meninggalkan isteri dan anak-anak mereka. Hujah ini menuntut kita untuk patriotik terhadap negara kita dan bukan menanam sentimen kebencian sesama rakyat Malaysia. Kebanyakan, pembangkang dan gerakan pemisah seperti TJ Jamain, Neo Kihampau, Doris dan banyak  lagi tidak menyukai kenyataan Datuk Tawfiq ini disebabkan oleh kepentingan politik mereka.

Bagi penulis kita boleh menuntut hak negeri kita tetapi kita janganlah sampai melupakan jasa mereka yang telah mempertahankan negeri kita atas nama negara Malaysia. Kebelangkangan ini sentimen Sabah For Sabahan ini digunakan untuk membenci masyarakat atau bangsa lain untuk memdapat sokongan politik walaupun boleh dengan cara membenci dan menghina. Sentimen kebencian yang dijadikan modal murahan  oleh politikus sebenarnya boleh mengugat keamanan negara di masa akan datang.