Parti Pembangkang Sabah terlalu banyak Pengkhianat – PAWAS

Diterbitkan pada: 1:39PM 06/12/2016
Kategori: Pro Politik
643 Pembaca

pawas1

SESSI DIALOG BERSAMA PEMIMPIN PAWAS, AUSTRAL PARK, 29 OCT.

Sering Berlaku Pengkhianatan Politik jadi Usaha Berkerjasama dengan Parti pembangkang lain kena berhati-hati – PAWAS. DSSA menyatakan hasrat dan usaha berkerjasama dengan parti-parti  pembangkang lain akan tetapi partinya harus berhati- hati  apabila memilih rakan. Maklumlah pengkhianatan sering berlaku di kalangan parti politik. Beliau menambah: “Saya tidak menolak kemungkinan [Si Anu, Si Anu dan Si Anu], akan melompat nanti.

Bayangkan, pihak Pendaftar Persatuan memakan masa berminggu2 untuk meluluskan parti Warisan, tetapi hanya mengambil masa kurang seminggu, malah dua tiga hari saja meluluskan parti [A dan B]. Jadi kamu boleh mengandaikan maksud yg digambarkan oleh pihak berkuasa. Untuk kesejahteraan parti, ada baiknya kita berkawan dgn mereka yg dilihat mempunyai kurang potensi untuk menang tetapi merupakan kawan sejati.”

ulasan penulis pemimpin PAWAS memandang pemimpin-pemimpin parti politik tempatan seperti STAR, USA, HARAPAN RAKYAT dan banyak lagi sebagai penghianat dan bukan sebagai kawan. PAWAS begitu yakin berjuang bersendiri tanpa perlu sokongan mana-mana pihak.