“Setinggan”

Diterbitkan pada: 1:00PM 26/05/2016
Kategori: Uncategorized
151 Pembaca

Isu setinggan ini merupakan fenomena sosial yang berlaku di banyak negara dunia ketiga yang masih belum dapat diselesaikan. Penempatan ini, kebanyakannya berada di kawasan paya, rizab tanag daan kawasan pinggiran bandar yang masih tidak mempunyai pembangunan. Kerajaan negara kita sebenar memang bersungguh-sungguh dalam menangani isu setinggan ini dengan pelbagai program. Di sabah isu setinggan ini merupakan duri dalam daging mengenai soal keselamatan.

Hal ini boleh dilihat melalui peristiwa pecerobohan Lahad Datu dimana berlaku pertempuran yang mengorbankan pewira negara kita.  Menurut Kanun Tanah Negara 1965 di bawah seksyen 425(1)(a) menegaskan bahawa penerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan diatas tanah hak pihak lain (kerajaan, rizab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian atau lain-lain) secara haram adalah tidak sah di sisi undang-undang. laporan perangkaan Jabatan Perumahan Negara (JPN) Bahagian Pengurusan Setinggan, sehingga 31 Mac 2010, bilangan keluarga setinggan yang masih belum diselesaikan adalah sebanyak 97,260 keluarga. Berbanding dengan 31 Disember 2009, bilangan keluarga setinggan telah menurun sebanyak 1.78% (1,762 keluarga).

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya setinggan ini, antaranya ialah ketidakmampuan rakyat tempatan untuk memiliki rumah, dan kewujudan pendatang asing tanpa izin ke sabah. Pertama ialah wujud rakyat yang tidak mampu memiliki tanah atau rumah yang menyebabkan mereka membuka tanah untuk penempatan mereka. Di sudut ini perbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini dengan mewujudkan rumah mampu milik dan Program Perumahan Rakyat (PPR). Usaha- usaha seperti ini perlu dilaksanakan dengan lebih banyak lagi. Dalam isu setinggan dalam kalangan rakyat tempatan kita kena bezakan kampung warisan atas air dan kawasan setinggan yang baru diwujudkan.

Selain daripada itu, kebanyakkan setinggan di Sabah dihuni oleh Pedatang Tanpa Izin PATI yang datang secara haram ke negeri sabah. Mereka yang tidak mempunyai dokumen ini membawa banyak masalah sosial kepada negeri Sabah. Isu penyeludupan, dadah dan masalah-masalah lain selalu ditimbulkan oleh mereka. Kewujudan mereka ini wujud kes-kes curi air dan elektrik yang membawa kepada kerugian kepada kerajaan. Pihak berkuasa tempatan sudah menjalankan pelbagai operasi tetapi masih gagal menangani isu ini. Jika perkara ini tidak dibendung akan menyebabkan kepada munculnya pelbagai masalah keselamatan kepada negara kita. PATI yang datang ke negeri kita perlu dihantar balik dan setinggan yang mereka duduki perlu dilaksanakan pembangunan seperti pembinaan rumah kos rendah untuk rakyat tempatan agar masalah ini tidak berulang lagi.