Shafie Tidak Pernah Memperjuangkan hak Sabah semasa Jadi menteri! Jadi Jangan Berlagak Hero Negeri!

Diterbitkan pada: 1:00PM 31/07/2016
367 Pembaca

shafie afdal tmi

Jelas menunjukan punca shafie digantung kerana sokongan yang diberikan kepada kumpulan Mahathir dan Muhyidin bukan disebabkan oleh perjuangan untuk menuntut hak negeri sabah atau berkenaan isu sabah.

Sebenarnya Shafie melihat  peluang lebih besar terbuka iaitu kerusi Timbalan Perdana Menteri yg di tawar kumpulan penentang Najib yg diketuai Tun Mahathir dan Muhyiddin seperti khabar angin yang tersebar. Tetapi yang menghairankan banyak pengikut-pengikut taksub shafie yang menyatakan shafie dibuang disebabkan oleh membawa isu Sabah dan cuba mengamburi asas mengapa shafie digantung.

Dua perkara yang berbeza antara isu shafie dengan najib dan isu hak negeri sabah. Perjuangan yang tidak jelas dari shafie ini membuatkan kemungkinan besar dia tidak akan lama dalam gerakan atau parti sepihan yang dia bawa. Parti serpihan yang akan dia bawa tidak akan bertahan jika tiada asas perjuangan yang jelas. Shafie kemungkinan juga akan jadi Lajim yang kedua selepas keluar dari UMNO terus tidak mempunyai sokongan yang kuat.

Semenjak DS Shafie mengambil keputusan untuk keluar daripada umno Sabah tingkahlaku dan prinsip telah banyak berubah disebabkan pengaruh pembangkang sehinggakan  Ismaily Bungsu yang merupakan aktivis PKR boleh dilantik pegawai komunikasi DS Shafie. Jika betul Shafie berjuangan hak negeri. Kenapa tidak menlantik mereka yang memang berjuang untuk negeri, ini lagi yang menunjukkan perjuangan shafie yang tidak jelas.

Mengapa baru sekarang semenjak tahun 1994 shafie menjadi ahli parlimen dan menjawat pelbagai jawatan baru sekarang berbicara soal hak negeri dan penjanjian Malaysia. Adakah andaian bahawa sebenarnya hanya sebab kuasa sahaja perjuang shafie dan bukan perkara asas iaitu hak negeri sabah.

Yang terbaru, Shafie menunjukkan kerjasama dengan parti pembangkang tempatan. Disini dilihat sebenarnya shafie bukan sebenarnya ketua pembangkang parti pembangkang tempatan ia cuma modal untuk menarik perhatian rakyat negeri. Kemungkinan jika isu shafie ini tidak “panas” Shafie tidak akan dipandang oleh parti pembangkang tempatan ini.