SSKM Tidak Releven

Diterbitkan pada: 2:47PM 05/05/2016
Kategori: Pemikiran
324 Pembaca

sskmGerakan Sabah Sarawak keluar Malaysia tidak perlu diterima  dalam kalangan masyarakat dan tidak releven langsung tiada unsur yang mendesak kepada perkara ini.  Antara isu yang popular ialah mengenai isu kemiskinan negeri- negeri di Malaysia sehinggakan banyak gerakan yang wujud mengaku mereka sebagai perjuang kepada masyarakat sabah dan sarawak. sebagai contoh gerakan SSKM iaitu Sabah Sarawak Keluar Malaysia. Tuntutan mereka sebenarnya lebih kepada meminta Sabah dan Sarawak menjadi sebuah negara dan keluar daripada Malaysia. Agar masalah-masalah yang wujud kini dapat diselesaikan dengan Sabah Sarawak keluar Malaysia.

Bagi Penulis SSKM tidak rasional kerana isu- isu yang dimainkan oleh SSKM masih boleh diselesaikan dalam persekutuan Malaysia. Antara isunya ialah isu kemiskinan, Penjanjian Malaysia 1963, royalti minyak dapat diselesaikan dengan cara yang aman melalui demokrasi. Perkara-perkara ini boleh dibawa daripada kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan. sememangnya perkara-perkara ini sudahpun dibawa oleh pemimpin sabah cuma satu kekurangan untuk menjadikan tuntutan ini kuat dan  kukuh ialah  kurangnya kesepakatan antara pemimpin di sabah sekarang. Masing-masing dengan kehendak politik masing-masing dan akhirnya tuntutan ini sukar untuk dicapai.

Andai kata SSKM ingin membuat negara Sabah dan Sarawak pelbagai persoalan dan masalah yang timbul antaranya ialah siapa yang akan menjadi ketua negara yang mampu diterima oleh majoriti masyarakat. Tentu sekali akan berlakunya Power vaccum dalam pemerintahan dan perebutan kuasa antara pemimpin yang membawa kepada kehacuran dan ketidakstabilan sabah. Selain daripada itu, kita kena berfikir mengenai ancaman dan tuntutan daripada negara jiran mengenai negeri sabah sekarang dan akan lebih teruk jika kita menaung sebagai sebuah negara yang baru. Keselamatan Sabah pada masa itu akan terjejas dan akan membawa kepada perkara yang lebih teruk dan tidak stabil sekali gus membawa kepada kesan negatif kepada masyarakat sabah.

SSKM hanya menuntut keluar daripada Malaysia tanpa memikirkan persoalan yang sangat besar dan perlu kita fikir “apakah akan terjadi selepas keluar daripada Malaysia”. SSKM juga hanya memodalkan keadaan masyarakat yang miskin dan luar bandar dan menafikan ada kejayaan kerajaan dalam tempoh selepas kemerdekaan. Masyarakat harus sedar tidak negara di dunia ini dapat menyelesaikan isu kemiskinan secara total apa lagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Namun, Kerajaan Persekutuan  sekarang seharusnya sedaya upaya menumpukkan usaha berlipat kali ganda terhadap pembangunan negeri sabah Sarawak dan sepatutnya menghormati penjanjian Malaysia 1963 agar tiada pihak lagi mempertikaikan isu-isu Sabah dan persekutuan.