Surat terbuka fitnah daripada JUJU.

Diterbitkan pada: 11:22AM 20/12/2016
Kategori: Isu
406 Pembaca

Pertama JUJU bukan tahanan politik seperti yang beliau uar-uarkan. Tangkapan beliau adalah atas LAPORAN polis orang awam terhadap tindakan beliau yang FITNAH dan JELIK. Tangkapan yang dilakukan hanyalah reman dan soal siasat bukannya tangkapan terus jatuh hukum. PENIPUAN yang melampau untuk niat menjatuhkan pemimpin. Cukup-cukuplah menipu. Kalau benar ini tangkapan politik rasanya lama sudah JUJU masuk penjara tanpa boleh ikat jamin.

70 Peratus rakyat sabah mengemis??? inilah kenyataan melampau dan menipu. Untuk maklumat anda JUJU datang sendiri di Sabah ndalah sampai rakyat sabah 70% mengemis. Kadar kemiskinan di Sabah menurun kepada 4.0 peratus pada tahun 2014 berbanding 8.1 peratus pada tahun 2012 dan 19.7 peratus pada tahun 2009..”Antaranya menerusi program 1AZAM, Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Agropolitan, Ladang PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin), Program Peningkatan Ekonomi Setempat (PPES) dan Program Bantuan Rumah (PBR),” katanya dalam satu kenyataan. Yang orang semanjung dan orang sabah datang sendiri ramai pula yang mengemis sedangkan makin ramai rakyat sabah berjaya keluar daripada kemiskinan tegar. 

Oleh kerana JUJU sekarang sepenuh masa menfitnah jadi nda hairan apa yang dibuat sekarang. Balik-balik menyalah Ketua Menteri Sabah sebab upahan daripada NGO dan pemimpin pembangkang.