Teknik Politik Pakatan Harapan: Keluar Parti lain dan Tubuh Parti Tempatan.

Diterbitkan pada: 11:31AM 04/10/2016
Kategori: Pro Politik
122 Pembaca

14543932_179191092488835_6676625785175994292_o

Jika kita melihat fenomena dalam politik tempatan Sabah kita dapat melihat bagaimana banyak ahli PKR dan DAP mula keluar daripada parti mereka dan berhajat menubuhkan parti baru untuk pilihanraya akan datang. Timbul persoalan adakah PKR dan DAP begitu mudah melepaskan ahli mereka yang rata-rata memguasai kawasan Parlimen dan DUN tanpa sebarang tidakbalas kerisauan? Sedangkan sebuah pasukan bola sepak yang kehilangan pemain hebat dan utama inikan lagi parti politik.

Antara aktor penting yang terlibat dalam percaturan ini ialah pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin bersama seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terence Siambun dan ADUN Likas, Junz Wong sebentar tadi mengisytiharkan keluar parti, Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dan ADUN Likas, Junz Wong, dua ahli DAP Sabah iaitu Timbalan Pengerusi, Joan Goh dan Naib Pengerusi, George Hiew turut membuat keputusan untuk meninggalkan parti.

Jawapannya mudah, Pakatan Harapan kali ini nampak teleh memulakan permainan mereka dengan memberi arahan dan menyokong beberapa pemimpin PKR dan DAP Sabah untuk keluar daripada parti untuk memnubuhkan parti baru yang kononnya merupakan parti tempatan. Kemungkinan dana dan sokongan parti baru ini masih lagi diberikan oleh pakatan harapan sepenuhnya. Dengan kata lainnya mereka yang keluar dari parti DAP dan PKR masih merupakan tunggangan bagai dua parti besar ini.

Mereka sahaja menggunakan teknik ini untuk mendapat sokongan daripada rakyat sabah yang tidak disedari oleh rakyat. Pada akhirnya mereka tetap menjadi sebahagian daripada pakatan harapan dan mungkin yang lebih teruk lagi mereka tidak akan dapat membuat keputusan kerana terhutang budi dengan parti PKR dan Pembangkang.

Dahulu cakap lain dan sekarang cakap lain.