Tidak ada parti politik terlibat dalam “projek IC”-RCI

Diterbitkan pada: 12:52PM 25/07/2016
Kategori: Pro Politik
342 Pembaca

projek-ic-sabah-4

Isu mengenai kad pengenalan ini merupakan salah satu ancaman kepada negara lebih-lebih lagi kepada negeri Sabah. Isu ini hangat diperkatakan. Ada yang menyatakan wujudnya projek IC yang dibawa oleh sebuah parti politik yang diberikan demi kepentingan politik.

Oleh yang demikian kerajaan negeri dengan kerajaan pesekutuan telah mencadangkan satu badan siasatan diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat isu kad  pengenalan ini pada tahun 2012. Hasilnya pada tahun 2012 wujud  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu berkenaan kad pengenalan ini secara telus. Laporan tersebut dimulakan pada 21 Ogos 2012 dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Laporan Suruhanjaya Siasatan (RCI) pendatang asing di Sabah mendapati tidak wujud pemberian kad pengenalan secara meluas atau ‘Projek IC’ sepertimana didakwa sebelum ini. Suruhanjaya dalam laporannya turut menegaskan bahawa tiada pihak kerajaan atau parti politik terlibat dalam pengeluaran kerakyatan kepada migran yang tidak layak di negeri itu. Ia sekaligus menangkis dakwaan yang tersebar luas bahawa agensi persekutuan dan pemimpin Umno mengeluarkan kerakyatan demi mendapatkan undi bagi menewaskan lawan mereka dalam rancangan yang digelar ‘Projek IC’. Laporan itu dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa di Kota Kinabalu pada disember 2014.

Selain daripada itu, pengeluaran kad pengenalan (IC) biru secara haram kepada pendatang asing di negeri ini didorong faktor kewangan. Buktinya, bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka dalam pengeluaran IC secara haram.   Kerana wujudnya penjawat awan yang terlibat untuk mengeluarkan ic dengan mendapat sejumlah wang. Tambahan lagi isu ic ini menjadi parah ditambah lagi dengan .

Suruhanjaya juga mendapati tidak terdapat petunjuk jelas proses permohonan dan pengeluaran IC oleh JPN adalah salah mengikut Peraturan Pendaftaran Negara 1972. Perkara yang salah ialah tatacara yang telah disalahgunakan oleh pemohon dengan memberi maklumat (peribadi) tidak tepat dan selepas itu, pengesahan maklumat (tidak tepat) itu dibuat oleh ketua kampung dan sebagainya (pihak berkuasa berkaitan). Suruhanjaya mendapati penggunaan akuan berkanun atau surat akuan yang sebenarnya memudahkan dan menyerlahkan penyalahgunaan tersebut (maklumat peribadi tidak tepat merupakan juga salah satu faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Sumber
https://www.malaysiakini.com/news/282395