Tuntutan Sabah Keluar Malaysia tidak releven

Diterbitkan pada: 2:20PM 26/05/2016
Kategori: Uncategorized
175 Pembaca

Persoalan yang paling besar ialah mengapa wujud gerakan- gerakan minoriti untuk keluar daripada Malaysia dengan alasan Persekutuan Malaysia datu penjajahan kepada negeri sabah. Pelbagai modal yang dilakukan oleh mereka ini untuk memperdayakan hati masyarakat sabah dengan menggunakan kesusahan dan kelemahan persekutuan sebagai modal mereka mendapatkan sokongan kepada masyarakat sabah.

Antara slogan yang digunakan oleh mereka ialah persekutuan Malaysia itu satu bentuk penjajahan dan bukan perkongsiaan. Disini kita kena memahami apakah dimaksudkan oleh penjajahan. Penjajahan yang terkenal pada zaman revolusi perindustrian digunakan untuk meluaskan kuasa ekonomi, politik dan sosial. Jika dilihat daripada ekonomi, kita boleh melihat kesan penjajahan Jepun, Bristish, dan Syarikat British yang hanya memgambil hasil kekayaan semata-mata tannpa mengambil kisah mengenai kebajikan penduduk.

Sebagai contoh, wujudnya kereta api dahulunya di sabah pada zaman penjajahan bagi memudahkan membawa hasil bumi sabah untuk diambil oleh penjajah. Pembinaan jalan raya, sekolah, hospital dan banyak lagi pada masa sekarang didalam pembentukan Malaysia lebih kepada memjaga kebajikan rakyat. Mustahillah, Bagi mereka yang tidak menyelidik dan tidak berfikir secara dalam pasti akan berfikir secara negatif akibat penyebaran hujah-hujah yang diputarbelit demi kepentingan mereka. Tuntutan yang dilancarkan mereka ini lebih kepada tuntutan untuk mendapatkan kuasa bagi memerintah dan bukan kerana disebabkan oleh kepentingan rakyat.

Memang diakui berlaku kesejangan pembangunan antara semananjung, Sabah dan Sarawak namun, hal ini septutnya diselesaikan dengan cara yang baik dan pembincangan. Persekutuan sudah mulai memberi perhatian yang serius kepada Sabah dan sarawak melalui bajet belanjawan negara yang semakin bertambah saban tahun untuk negeri sabah dan sarawak. Terbaru, wujudnya pembinaan Pan Borneo yang memakan belanja yang besar untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat sabah dan sarawak.