Wujud parti baru : Jenama baru dari kilang yang sama.

Diterbitkan pada: 12:14PM 06/10/2016
Kategori: Uncategorized
97 Pembaca

sabahan

Terus teringat kisah saya keracunan makanan di Taman Fajar Sandakan. Apabila saya membuat pesanan nasi goreng ayam daging  dan  kawan-kawan saya membuat pesanan yang lain jenis. Tetapi pada akhir semua kerancunan makanan sebab tetap dengan kedai yang sama dan tukang masak yang sama. Sekalipun dia tukar menu  atau tukar nama kedai atau tukar makanan itu nama saya dia tetap akan membawa kepada keracunan makanan. Begitu juga dengan hal- hal besar tidak kiralah dia bergerak daripada parti dari semenanjung atau sabah  jika individu mahu korupsi atau salah guna kuasa tetap akan berlaku.

Dan selalunya orang kita sendiri yang suka makan orang kita, contoh baru- baru ini kes rasuah sehingga berjuta-juta ringgit siapa pengarah dan timbalan pengarah? orang kita kan. Jadi untuk mengukur dan menlantik seseorang itu menjadi ketua bukan sahaja syarat orang itu asal daripada negeri kita tetapi soal kejujuran dan soal pencapaian memperjuangkan anak bangsa kita juga perlu dilihat!

Sejak kebelakangan ini isu politik di negeriku begitu panas sekali. Dari keluar shafie daripada UMNO dan Keluar ahli pembangkang seperti PKR dan DAP seperti Lajim dan beberapa individu penting dalam pakatan pembangkang. Dengan niat untuk menumbuhkan parti politik yang berasaskan kepada parti tempatan bagi memperjuangkan hak negeri sabah dan masyarakat sabah. adakah perdekatan mereka ini serius, dan tepat?

Adakah dengan membawa jenama baru dalam arena politik tetapi pada masa yang sama tetap pemilik dan kumpulan yang sama jenama yang ditinggalkan akan membawa perubahan kepada nasib masyarakat kita? atau akan jadi kita bertambah rugi.  Mereka-mereka yang membawa parti baru ini sebenarnya tetap akan memilih dan bersekutu dengan pakatan harapan dan mereka tidak akan mempunyai pilihan pun. bagi penulis sekalipun kita menumbuhkan 77 parti tetapi mempunyai sifat yang suka meninggalkan parti dan membawa perangai yang tidak mementingkan masyarakat itu sama jugalah membawa perkara yang sia-sia.

Penulis yakin dan percaya sentimen kosmetik parti tempatan akan dibawa dalam pilihanraya akan datang. Mereka merebut-rebut membuka parti tempatan baru agar mereka dikenali dan dipilih oleh masyarakat bukan disebabkan oleh semangat masyrakat atau negeri yang betul-betul membantu dengan tulus ikhlas.