5 Faktor Warisan Parti yang bakal Tewas dan Terkubur pada PRU14

Diterbitkan pada: 8:39PM 18/02/2017
1930 Pembaca

Warisan merupakan parti yang hanya baru ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 merupakan antara parti yang sangat baru di Sabah. Tetapi para pengikut parti ini begitu yakin akan kekuatan parti ini akan menang  dengan Barisan Nasional dan tidak memerlukan sokongan dan gabungan dengan Parti pembangkang Sabah. Adakah kenyataan ini benar? dan ditambah lagi dengan kenyataan Shafie memperkecil dan memperlekehkan integriti parti pembangkang tempatan lain sprt USA dan juga PH dgn mengatakan mereka ini tidak jujur dan boleh dibeli.

Sebenarnya kenyataan Parti Warisan amat melampau dan melawan realiti politik di Sabah melihat kepada lima perkara ini.

Pertama ialah faktor pemimpin, Melihat kepada “Track record” dahulu yang buruk Shafie. Shafie merupakan Menteri yang bertanggungjawab terhadap KKLW gagal membangunkan Semporna dan banyak persoalan kes penyelewangan isu pembangunan Luar Bandar yang tidak berjaya dijawab dengan baik oleh Shafie. Menyebabkan banyak masyarakat Sabah meragui dengan kempimpinan Shafie. Kemungkinan amat besar Sabah akan mundur seperti Parlimen Semporna jika Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Yang kaya hanyalah para kontraktor seperti Peter, Ajis dan kroni-kroni Shafie.

Kedua parti ini sangat baru di sabah dan begitu tidak dikenali oleh masyarakat Sabah. Bancian yang telah dibuat oleh penulis daripada 25 Parlimen Sebanyak 13.4 peratus Sahaja tahu mengenai warisan. Kebanyakkan pengundi daripada masyarakat KDM masih menyokong parti politik tempatan seperti PBS dan PBRS dan secara amnya Barisan Nasional . Masyarakat KDM melihat parti warisan ini sebagai parti yang lebih dikuasai oleh orang pantai timur dan bakal mengabaikan masyrakat KDM.

Servay dilakukan dikawasan Kiulu, Penampang, dan Kota Marudu masyarakat KDM Sebanyak 93.7 peratus menolak Shafie menjadi ketua menteri sabah apatah lagi mengantikan parti yang menwakili kaum mereka seperti PBS, PBRS dan parti yang berasaskan kaum lain.

Ketiga, pemimpin dalam parti ini tidak mempunyai matlamat yang sama dan tidak bersefahaman. Kita boleh tengok dengan kenyataan antara Shafie dan Darell yang masing-masing memperjuangkan kaum sendiri dan banyak bercanggah dengan membawa isu Sabah. Mereka tidak pernah mengeluarkan matlamat yang jelas mengenai perjuangan mereka. Kemungkinan akan berlaku perebutan untuk menjadi ketua pada suatu hari

Keempat Parti ini sangat baharu di Sabah dan tidak mampu memberi kesan dalam politik Sabah. Kita boleh tengok sejarah yang berlaku dengan Lajim yang hanya mendapat majoriti sangat rendah  dan hampir kalah dengan parti baru yang dibawa pada PRU13 yang lalu. Parti Warisan ini pun Antara parti yang akan mendapat nasib yang sama. Kebanyakan pemimpin warisan yang melompat parti sebenarnya faktor kemenangan mereka pada PRU13 ialah sokongan terhadap nama parti yang mereka bawa dahulu dan bukan warisan dan bukan faktor individu. Sebagai contoh di Semporna dan Penampang Servay kajian selidik yang dibuat membawa keputusan kebanyak sample pengundi di kawasan ini 82.7 peratus menyokong kepada kemenangan mereka ialah sokongan kepada parti dahulu yang mereka pertanding untuk membuat perubahan dan bukan kepada individu. Makna calon-calon yang melompat dan membuat parti warisan ini akan kalah teruk pada PRU13 akan datang.

 

Yang terakhir iaitu kelima, Parti Warisan tidak membawa kepada perjuangan Sabah kerana parti ini sebenar adalah alat kepada parti PPBM Mahathir  yang baru ditubuhkan di semenajung. Sebelum Parti Warisan ditubuhkan Shafie sering bersama dengan Mahathir dan pulang ke Sabah terus membuat parti Warisan. Sebenarnya parti warisan ini hanya merupakan ALAT kepada Mahathir dan PPBM untuk mendapatkan kuasa dan bukan membawa kepada perubahan kepada Sabah dan rakyat Sabah. Kita boleh lihat bagaimana selama Mahathir memerintah bagaimana Sabah mundur dan bajet  pembangunan hanya sedikit berbanding pada era sekarang.  Trauma rakyat Sabah terhadap pemerintahan Mahathir akan membawa kepada tiada sokongan kepada parti Warisan.

Melihat kepada 5 perkara ini, Parti Warisan Bakal terkubur pada PRU14 kerana 5 perkara ini dan calon- calon dalam parti ini akan kehilangan kerusi pada PRU14 akan dating.

 

Zainald.com

20:00. 18/02/2017