Antara Manifesto Warisan yang akan bakal menjejaskan Rakyat Sabah

Diterbitkan pada: 12:09PM 06/07/2017
485 Pembaca

Antara Geran Komunal dan Geran Persendirian, Polisi Warisan Yang Bakal Menjejaskan Rakyat Sabah.

Salah satu polisi Warisan yang diumumkan baru baru ini adalah mereka akan MEMANSUHKAN Geran Komunal untuk tanah penduduk di Pensiangan.

http://sabahwarisankita.blogspot.my/…/warisan-mansuh-geran-…

 Ini adalah satu bukti bahawa Warisan tidak layak mendapat undi dan kepercayaan rakyat Sabah.

Sebelum adanya Geran Komunal yang diperkenalkan oleh Dsp Musa Aman, iaitu ketika Geran Persendirian masih digunapakai, banyak kes penduduk yang MENJUAL tanah yang mereka miliki kepada pihak luar. Malah ada yang sudah menjual tanah mereka sebelum permohonan mereka diluluskan oleh kerajaan negeri.

Selama berpuluh tahun, terdapat sebilangan besar penduduk tempatan yang menjual geran tanah mereka kepada pihak luar, kerana mereka lebih memilih untuk menjual tanah tanah terbabit dari mengusahakannya.

Ini sebenarnya merugikan diri mereka sendiri, hanya kerana mahukan QUICK CASH, masa depan anak cucu terjejas kerana sudah tidak ada tanah untuk diusahakan dan menjana hasil pendapatan untuk keluarga mereka, yang mana turut menjadi faktor kepada jumlah miskin tegar di Sabah. Ramai tidak sedar akan pentingnya memiliki tanah pusaka.

Untuk mengatasi masalah ini, Dasar Tanah Negeri diubah dan inisiatif yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sabah, Dsp Musa Aman adalah penggunaan Geran Komunal, yang membawa makna pemilik tanah tidak boleh menjual tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, tetapi boleh diperturunkan kepada anak cucu dan generasi mereka akan datang.

Kerajaan Pusat pun menyatakan persetujuan dan memberikan sokongan terhadap inisiatif yang dibawa oleh Kerajaan Negeri kerana ianya satu cara yang efektif dalam membasmi kemiskinan di Sabah.

Dari segi pemilikan, ianya kekal milik penama yang diberikan tanah tersebut. Yang bezanya dengan geran lama, langkah ini untuk mengelakkan tanah tersebut dari dijual kepada pihak luar.

Setelah pemilik tanah mendapat lot tanah mereka, mereka ada pilihan sama ada untuk mengusahakan tanah mereka sendiri ataupun mereka boleh memohon bantuan dari Kerajaan Negeri seperti kerjasama dengan Sabah Land Development Berhad (SLDB) ataupun GLC lain untuk penanaman kelapa sawit, koko atau tanaman tanaman lain yang mendatangkan hasil.

Jadi mereka yang diberikan tanah akan mengusahakan tanah tersebut dan menjana hasil pendapatan tetap untuk keluarga mereka, justeru bakal mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan buat selamanya. Jadi boleh dilihat bahawa inisiatif ini berkesan untuk membasmi kemiskinan penduduk setempat di Sabah.

Polisi ini bukan sahaja solusi untuk membantu semata mata, ianya juga sebagai salah satu cara untuk MELINDUNGI HAK RAKYAT SABAH terutamanya golongan luar bandar daripada tipu helah pihak luar yang ingin membeli tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Harapnya agar penduduk Sabah memanfaatkan peluang yang diberi dan menghargai usaha pemimpin Sabah yang benar benar ingin melihat negerinya maju.

Jadi nampak usaha Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Dsp Musa Aman untuk menambahbaik kehidupan penduduk di Sabah.

Masalahnya sekarang Warisan cuba untuk memusnahkan usaha Barisan Nasional untuk membela rakyat Sabah. Demi meraih undi Sabahan, mereka tidak mengambil kira kesan polisi mereka dalam jangka masa panjang. Ini lagi salah satu sebab kenapa Warisan PERLU DITOLAK. Mereka hanya tahu main kan polisi populis yang MENGUNTUNGKAN MEREKA tetapi MERUGIKAN RAKYAT SABAH.

Ini menampakkan ketidakmatangan Parti Warisan Sabah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Senarai Kawasan yang sudah dilaksanakan program PANTAS

Antara kawasan-kawasan awal terpilih yang telah dilaksanakan program ini adalah seperti

Kabintaluan, Tenom (2,554 ha, dengan 601 peserta)

Sepulut, Nabawan (2,428 ha, dengan 180 peserta)

Sumantalun, Nabawan (1,214 ha, dengan 264 peserta)

Lalampas, Tongod (3,690 ha, dengan 1,022 peserta)

Kg. Iburu, Sipitang (1,120 ha, dengan 191 peserta)

1 Peserta = 1 Ketua keluarga.

Ini baru peringkat awal. Terdapat banyak lagi kawasan lain di seluruh Sabah yang telah mendapat manfaat dari inisiatif ini. Posting akan datang bakal memberikan senarai penuh Program PANTAS di Sabah.