Betulkah Kerajaan Negeri Sekarang Tidak Memperjuangkan MA63?

Diterbitkan pada: 12:58PM 27/11/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
27 Pembaca

Pembangkang negeri Sabah jika kita teliti menggunakan modal penjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam setiap kempen pilihanraya. Tetapi selepas piliharaya semuanya akan menjadi diam. Berlainan dengan kerajaan negeri yang konsisten dalam memperjuangkan isu ini.

Hal ini terbukti dengan pendirian Ketua Menteri Sabah yang kerajaan akan tetap memperjuang serta mempertahankan hak-hak dan kepentingan rakyat Sabah seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi menjelaskan isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan berharap perkara ini tidak dipolitikkan.

MA63 sengaja dijual kepada rakyat sedangkan perkara yang lebih penting ialah isu pembangunan dan kebajikan rakyat. Isu-isu penyelewengan daripada pembangkang sendiri patut dijawab sebelum bercerita panjang mengenai perjuangan membantu rakyat.

pemimpin mahupun rakyat perlulah realistik dan menerima hakikat bahawa telah banyak pembangunan serta kemajuan yang telah disuarakan dan diperjuangkan oleh Kerajaan negeri samada di peringkat negeri mahupun persekutuan dan sehingga kini rakyat telah mendapat manfaat daripada pembangunan tersebut.