Fakta 40 Perkara Yang Ada Dengan Kerajaan Negeri Sabah Yang Tidak ada Dengan Pembangkang?

Diterbitkan pada: 3:57PM 25/05/2017
Kategori: Pro Politik
645 Pembaca

 

  1. Halatuju Negeri Sabah

Pelan Induk Halatuju Negeri Sabah memberi fokus kepada sektor pelancongan, pertanian, pembuatan dan pembangunan modal insan.

 

  1. Pendidikan

Di Sabah, usaha untuk membangunkan modal insan dilaksanakan selaras dengan keutamaan RMK10 (2011.2015) ialah dengan menaiktaraf program pendidikan teknik latihan dan vokasional, menaiktaraf kualiti pendidikan awal kanak-kanak, membangunkan dan menyelenggara fasiliti pendidikan rendah dan menengah, mengukuhkan institusi pendidikan tinggi awam, meningkatkan kualiti tenaga kerja, pembangunan belia serta penglibatan wanita dalam ekonomi.

 

  1. Pendidikan

Pelaburan dalam pendidikan, latihan, kemahiran, keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat adalah perlu untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran, kreatif dan inovatif. Oleh itu, Kerajaan Negeri menggalakkan penubuhan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan sebagai menyokong pembangunan modal insan, Kerajaan Negeri Sabah memberikan kira-kira RM 40 juta biasiswa yang memberi manfaat kepada kira-kira 700 pelajar setiap tahun.

 

  1. Pendidikan

Sebanyak RM21.04 juta disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sabah pada tahun 2015 dengan RM6.49 juta diagihkan kepada SJKC, sekolah mubaligh (RM12 juta) dan SMJK (RM2.55 juta). Ini membuktikan komitmen berterusan dan perhatian penuh kerajaan dalam menyelenggara infrastruktur pendidikan di semua jenis sekolah di negara ini.

 

  1. Pembangunan Belia

Sabah ialah negeri pertama yang membangunkan indeks belianya sendiri atau dikenali sebagai Indeks Belia Sabah (IBS.15) bagi mengukur kesejahteraan hidup belia negeri ini dan menyediakan input bagi menggubal dasar untuk pembangunan belia secara holistik. Laporan IBS.15 menunjukkan tahap kesejahteraan belia Sabah berada di tahap sederhana. Sehubungan itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan belia Sabah.

 

  1. Pembangunan Belia

RM10 juta Dana Khas (over and over above) daripada peruntukan sedia ada telah diberi untuk memperkasa pembangunan belia dan kecemerlangan sukan. Ia memberi manfaat kepada 682 buah persatuan atau pertubuhan belia dan sukan di seluruh Negeri Sabah yang meliputi seramai 798,400 orang belia tempatan.

 

  1. Peluang Pekerjaan

Bagi Januari hingga Mac 2016, sektor pembuatan di Sabah berjaya menyediakan sebanyak 3,907 peluang pekerjaan. Sektor pembuatan sahaja telah merekodkan RM3,172.14 juta nilai purata export tahunan untuk tempoh 5 tahun berturut-turut sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Perangkaan diantara Januari hingga Mac 2016 pula menunjukkan sektor pembuatan telah mencatatkan jumlah pencapaian eksport yang lebih tinggi iaitu bernilai RM598.6 juta.

 

 

  1. Pembasmian Kemiskinan

Pada 2016, kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan jutaan ringgit untuk meneruskan pelaksanaan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar dan meningkatkan kebajikan rakyat. Kini, terdapat 52 unit MESEJ Pertanian, MESEJ Akuakultur dan MESEJ Mikro yang telah siap atau masih beroperasi di seluruh Negeri. Ianya dijangka memberi faedah kepada lebih 2,000 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di seluruh negeri.

 

  1. Pembasmian Kemiskinan

Pembasmian Kemiskinan adalah agenda utama Kerajaan Negeri Sabah. Kadar kemiskinan negeri telah MENURUN dengan SANGAT KETARA daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 3.9% pada tahun 2014. Antara usaha Kerajaan Negeri yang berjaya adalah Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Geran Komunal, Agropolitan, selain daripada bantuan-bantuan khas seperti PPRT dan bantuan kebajikan kepada golongan miskin, warga emas, OKU, ibu tunggal dan anak-anak yatim piatu.

 

  1. Komersil

Pelbagai projek berimpak tinggi dilaksanakan di Negeri Sabah dan ini bakal meningkatkan pelaburan sektor swasta antaranya Projek Aeropod, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Grand Merdeka Mall, [email protected], PacifiCity, Sutera Avenue, Harbour City, Jesselton Quay (termasuk International Cruise Terminal), Kota Kinabalu City Waterfront, Jesselton Residences, Hotel Hilton, Holiday Inn, Hotel Mercure dan Hotel Marriot.

 

  1. Komersil

Projek Pembangunan Eco Tanjung Aru (TAED) mula dijalankan pada 2017. TAED adalah projek tebingan bersepadu mesra alam berkeluasan 348 hektar. Projek ini membabitkan pembangunan semula kawasan pantai Tanjung Aru sepanjang 1.35KM serta Taman Prince Philip. Kawasan ini akan kekal sebagai tempat awam dengan ciri-ciri baharu dan bakal membuka peluang pekerjaan dalam bidang hospitalitI, pelancongan dan industri runcit kepada penduduk tempatan.

 

  1. Pemuliharaan Hutan

Pada bulan Mac 2006 YAB Ketua Menteri mengumumkan sebarang aktiviti pembalakan di Sabah akan dihentikan sama sekali bermula pada 31 Disember 2007. Sebanyak 53% atau kira-kira 3.9 juta hektar tanah telah diwartakan sebagai Hutan Rizab. Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk mengekalkan 30% atau 2.2 juta hektar kawasan terlindung. Ia kini telah mencapai hampir 1.9 juta hektar (kira-kira 26%) dan dirancang akan mencapai sasaran dalam tempoh 5 tahun lagi.

 

  1. Pemuliharaan Alam Sekitar

Pihak kerajaan telah berjaya mewartakan Taman Tun Mustapha pada 19 Mei 2016. Taman yang berkeluasan 898.76 ribu hektar ini merupakan taman marin terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di rantau Asia. Pewartaan Taman Tun Mustapha ini merupakan antara inisiatif berterusan kerajaan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar negeri Sabah.

 

  1. Dasar Kabotaj

Sabah, Sarawak dan Labuan telah dikecualikan dasar kabotaj berkuatkuasa 1 Jun 2017. Ini bermakna Sabah, Sarawak dan Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini bukti kesinambungan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memenuhi keperluan rakyat Sabah selepas pelaksanaan beberapa projek besar seperti Lebuh Raya Pan Borneo.

 

  1. Keselamatan

Dalam usaha mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ialah melalui penerusan perintah berkurung iaitu dari pukul 7 malam sehingga 5 pagi di 7 daerah iaitu di Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Pada tahun 2014 sebanyak 17,700 telah dihantar balik dan jumlah ini meningkat hampir 28,000 pada tahun 2015. Setakat ini sebanyak 54,941 PATI yang dihantar balik sepanjang tahun 2014 sehingga Mei 2016.

 

  1. Keselamatan

Berdasarkan kepada rekod Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, jumlah keseluruhan PATI di Sabah yang telah diusir sejak tahun 1990 sehingga 3 Mac 2017 adalah seramai 553,692 orang. Bagi tahun 2017 sahaja, jumlah pengusiran sehingga 3 Mac 2017 adalah seramai 1,120 orang.

 

  1. Pengangkutan

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan perkhidmatan rel ke utara dan timur negeri Sabah. Mengikut rekod JKNS, bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan rel pada tahun 2016 ialah sebanyak 494,638 orang dengan jumlah perjalanan sebanyak 6,170.

 

  1. Pengangkutan

Selaras dengan Pelan Induk Penambahbaikan Pengangkutan Awam (Bas) Bandaraya Kota Kinabalu, empat Terminal Bersepadu akan dibangunkan iaitu Terminal Bas Bersepadu Utara Inanam, Terminal Bas Bersepadu Selatan Kepayan (berhampiran KKIA), Terminal Bas Bersepadu Timur Penampang dan Terminal Pusat Wawasan Kota Kinabalu yang sedang dibina.

 

  1. Pengangkutan

Kerajaan negeri Sabah memberikan perhatian dalam membangunkan sektor pengangkutan awam bagi tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga menyediakan perkhidmatan terbaik bagi rakyat. Salah satunya ialah pembinaan Sistem Bus Rapid Transit di Kota Kinabalu (BRT KK) yang dijangka siap pada tahun 2020.

 

  1. Syarikat Milik Kerajaan

Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri Sabah telah menerima dividen lebih daripada RM286 juta. Antara badan-badan berkanun dan agensi-agensi negeri yang telah membayar dividen pada tahun 2016 adalah Bank Pembangunan Sabah, Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd, Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC), Progressive Insurance Bhd. (PIB), Perbadanan Pinjaman Sabah, Sawit Kinabalu dan Suria Capital Holdings Bhd.

  1. Syarikat Milik Kerajaan

Syarikat-syarikat milik Kerajaan negeri Sabah (GLCs) telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang sejak 5 tahun kebelakangan ini.  Beberapa syarikat telahpun mula membayar balik dividen kepada Kerajaan Negeri memperkukuhkan lagi kewangan negeri. Ini membuktikan GLCs di Sabah telah diuruskan dengan efisien, berkesan dan menepati sasaran.

 

  1. Pembangunan Pertanian (Pengairan)

Bagi menyokong pembangunan kawasan jelapang padi  di negeri Sabah, Kerajaan melaksanakan program pembangunandan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran bernilai  RM8.05 juta di daerah Kota Belud, Tambunan, Beluran dan Kota Marudu yang aktif dengan aktiviti penanaman padi.

 

  1. Pembangunan Pertanian (Padi)

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang terletak di Kota Belud dibangunkan bagi meningkatkan pengeluaran padi seluruh negeri. Pertanian padi menerima subsidi tertinggi oleh kerajaan dengan RM2,007 setiap hektar untuk baja dan bahan kimia dan tambahan RM300 setan sebagai insentif apabila dijual kepada kilang yang diselia kerajaan.

 

  1. Pembangunan Pertanian (KPD, LIGS, Ko-Nelayan)

Dalam Bajet Negeri 2017, sektor pertanian menerima sejumlah RM122.31 juta peruntukan pembangunan bagi memantapkan pembangunan dan pemodenan sektor pertanian negeri Sabah. Peruntukan sebanyak RM51.81 juta disediakan khusus kepada agensi-agensi berkaitan iaitu Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)  dan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-NELAYAN).

 

  1. Perladangan (Kelapa Sawit)

Sabah merupakan pengeluar terbesar minyak sawit mentah (CPO). Pada tahun 2016, Sabah telah menyumbang lebih 28% atau 4.8 juta tan metrik kepada jumlah pengeluaran negara (17.3 juta tan metrik). Daripada segi pendapatan, cukai jualan CPO merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negeri dengan purata antara RM800 juta ke RM1 billion sejak pelaksanaannya.

 

  1. Penternakan

Sabah diiktiraf sebagai zon bebas daripada pelbagai penyakit ternakan termasuk Penyakit Kuku dan Mulut(FMD) oleh World Organisation for Animal Health. Ini membolehkan Sabah mampu mengeksport produk-produk seperti susu, telur dan daging ayam ke luar negara seperti Vietnam, Maldives, Timor Leste dan Sierra Leone. Sehubungan itu, RM71.02 juta diperuntukkan dalam Bajet 2016 kepada JPHPT untuk menyokong perkembangan industri ternakan negeri.

 

  1. Penyeragaman Harga Barangan

Kerajaan telah melaksanakan beberapa program untuk menyeragamkan harga barangan keperluan bersubsidi Gula Minyak Masak dan Tepung Gandum (GMT), Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Coop1Malaysia dan FAMA di Sabah, Sarawak dan Labuan sama seperti yang diperolehi di Semenanjung. Barangan bersubsidi ini boleh didapati di Kedai-Kedai KR1M, Coop1Malaysia, Agrobazar Kedai Rakyat, FAMA dan peniaga-peniaga (Point-of-Sales) di seluruh Negara.

  1. Pengurusan Kewangan

Bagi  tahun kewangan 2014, 24 buah kementerian/jabatan/agensi Kerajaan Negeri Sabah diberikan penarafan empat bintang iaitu penarafan tertinggi dibawah Indeks Akauntabiliti. Pengiktirafan ini menjadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai rekod pengurusan kewangan terunggul dibawah Indeks Akauntabiliti di Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut.

 

  1. Pengurusan Kewangan

Usaha kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri Sabah dapat dibuktikan melalui pencapaian positif yang berterusan pada masa ini. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2014 Sabah berupaya mengekalkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang membolehkan Sabah Mengekalkan pengiktirafan tersebut selama 15 tahun berturut-turut.

 

  1. Geran Komunal

Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya menyiapkan pengukuran 57 Geran Komunal dengan jumlah keluasan 24,016 hektar di seluruh Sabah. Pengukuran ini telah dijalankan sejak 2012 lagi. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah berjaya menyelesaikan pengukuran 9,037 Lot Pendudukan Individu dengan jumlah keluasan 15,138 hektar yang melibatkan 73 kampung di seluruh Sabah.

 

  1. Geran Komunal

YAB Ketua Menteri Sabah telah memperkenalkan .Fast Track Planned Land Alienation. atau Communal Title. Pelaksanaan Communal Title telah dibuat di beberapa kawasan antaranya Kabintaluan, Tenom (2,554.78 ha, dengan 601 peserta), Sepulut, Nabawan (2,428.11, dengan 180 peserta), Sumantalun, Nabawan (1,214.06 ha, dengan 264 peserta), Lalampas, Tongod (3,690.73 ha, dengan 1,022 para peserta), dan Kg. Iburu, Sipitang (1,120 ha, dengan 191 peserta).

 

  1. Pengukuran Tanah

Pada Mac 2017, JabatanTanah dan Ukur negeri Sabah mengumumkan seluas 59.344 ekar tanah telah diberikan tajuk, memberi manfaat kepada 8,986 orang penduduk. Selain itu, 9,037 lot individu telah disukat dan dikeluarkan hak milik tanah di 73 buah kampung di seluruh negeri ini, yang melibatkan kawasan seluas 37.508 ekar.

 

  1. Sektor Pelancongan

Prestasi sektor pelancongan negeri Sabah dikategorikan sebagai kekal cergas dan dapat dibuktikan dengan penerimaan seramai 1,337,126 orang pelawat bagi tempoh lima bulan pertama tahun 2016. Ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 3.2 peratus berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2015 (1,295,484 orang). Pelancong domestik meliputi seramai 882,109 orang manakala seramai 455,017 orang merupakan pelancong antarabangsa.

 

  1. Perumahan

Kerajaan negeri Sabah menyasarkan pembangunan 20,000 unit rumah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh Sabah. Projek PR1MA di Kinarut merupakan satu dari beberapa kawasan yang dikenalpasti kesesuaiannya untuk pembangunan perumahan termasuk di Tawau, Sandakan, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Papar dan Beaufort. Di Kinarut, sebanyak 502 unit apartmen akan dibina daripada 8,683 unit rumah pelbagai jenis yang telah diluluskan.

  1. Pembangunan Infra (Lebuhraya Pan Borneo)

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo telah dimulakan pada Mac 2016 yang melibatkan tiga pakej awal iaitu Jalan Donggongon-Papar (sejauh 11.7km), Jalan Tawau-Semporna (dari Km45 hingga Km49.7) dan Jalan Lahad Datu Bypass (7.1km). Ketiga-tiga pakej ini melibatkan jarak jalan raya sejauh 23.5km.

 

  1. Kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan

Kerajaan negeri Sabah sentiasa mengekalkan hubungan kerja yang kukuh dengan Kerajaan Persekutuan. Ianya terbukti apabila Sabah diberikan peruntukanyang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosio ekonomi di negeri ini. Hubungan rapat ini juga terbukti dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menyediakan rangkaian jalan raya yang berkualiti dan akses sambungan antara wilayah.

 

  1. Rasionalisasi Subsidi

Subsidi untuk minyak petrol RON95 dan Diesel telah dimansuhkan oleh kerajaan bermula pada 1 Disember 2014. Oleh itu, harga runcit bagi RON95 dan Diesel adalah bergantung sepenuhnya kepada apungan terurus dan terkawal melalui harga purata bulanan bagi pasaran minyak dunia iaitu seperti pelaksanaan penetapan harga runcit minyak RON97.

 

  1. Ekonomi Negeri

Sabah berada di kedudukan negeri kelima di Malaysia yang mengalami kepesatan pembangunan ekonomi selepas Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Sarawak dan Johor. Sejak 2010, nilai KDNK Sabah adalah sebanyak RM58.1 bilion dan jumlah itu telah meningkat kepada RM70.4 bilion pada awal 2015 dengan pendapatan per kapita sebanyak RM19,734. Ini membuktikan kepimpinan sedia ada mampu membawa negeri ini ke mercu kecemerlangan dalam pelbagai aspek.

 

  1. Industri Kecil dan Sederhana

Sabah mencatatkan peningkatan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) sebanyak 5% setiap tahun ke tangga keenam bagi seluruh negara dalam tahun 2015. Bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti IKS, kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan SME Corp melalui program-program di bawah pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dirancang dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

  1. Penghapusan/Pengecualian Dasar Kabotaj di Sabah

Dimaklumkan YAB PM hari ini (7 Mei 2017) di Sandakan mengumumkan penghapusan/pengecualian Dasar Kabotaj di Sabah bermula 1 Jun 2017.

Zainald.com