Fakta Bohong JUJU Berkenaan Isu Minyak.

Diterbitkan pada: 2:44PM 08/02/2017
Kategori: Isu
734 Pembaca

Kenyataan JUJU baru-baru ini agak emosi dan tidak melalui fakta sebenar mengenai status kenaikan harga minyak. Nyatanya penulis sendiri juga tidak menyokong kenaikan harga minyak tetapi kita kena rasional dan menilai mengapa harga minyak meningkat melihat kepada faktor yang releven. Secara logiknya negara mana yang mahu membebankan rakyat mereka dengan kenaikan harga minyak. Namun persoalannya adakah kita yang menentukan harga minyak? adakah Malaysia sebagai pengeluar minyak terbesar dunia yang mampu mempengaruhi harga minyak dunia?

Pada bulan Februari RON95 dan RON97 naik 20 sen kepada RM2.30 (naik 9.5%) dan RM2.60 (naik 8.3%), manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15 (4.9%).

 

Malaysia mengamalkan sistem apungan terkawal bagi menentukan harga petrol dan diesel runcit mulai 1 Disember 2014, sebahagian daripada pelan pemansuhan subsidi, yang memberi manfaat kepada golongan berada, kepada bantuan langsung. Negara kita  menggunakan Sistem apungan terkawal kita menggunakan purata harga produk akhir – bukan minyak mentah – pada bulan sebelumnya untuk menentukan harga runcit di pam untuk bulan berikutnya. Secara spesifiknya, Malaysia menggunakan sistem harga Singapore Means of Platts (MOPS) petrol dan diesel.

Ketika harga minyak global semakin meningkat beberapa bulan kebelakangan ini akibat perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah oleh negara pengeluar minyak dan untuk menstabilkan kembali harga minyak.  yang sememangnya menguntungkan Malaysia, harga produk akhir petroleum yang semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor. Sekalipun kita negara pengeluar minyak, kita bukannya negara Anggota OPEC yang mampu mempengaruhi harga minyak.

Pemeriksaan pada sistem harga MOPS akan menunjukkan purata harga gasolin motor 95 tanpa plumbum untuk Januari stabil antara AS$69-AS$70 setong dan lebih tinggi daripada harga purata Disember 2016 di mana harga meningkat dengan konsisten daripada AS$62 pada permulaan bulan kepada AS$68 pada hari terakhir Disember.

Loji penapisan minyak di Asia Tenggara menikmati “harga yang tinggi dan margin keuntungan yang memuaskan kerana banyak loji serata dunia menghentikan operasi akibat kebakaran dan penyelenggaraan.” Jelasnya, perkembangan itu mengurangkan bekalan dan menaikkan margin keuntungan dan harga produk – menyebabkan harga gasolin motor 95 naik.

Negara kita masih menikmati harga bahan api yang terendah di Asia Tenggara, kecuali Brunei, dan tergolong dalam 15 negara yang memiliki harga bahan api termurah dalam kalangan 180 negara.

Di Asean, harga RM2.30 seliter untuk bulan Februari masih lagi rendah berbanding Indonesia (RM2.73 seliter), Thailand (RM4.10 seliter), Filipina (RM3.72 seliter) dan Singapura (RM6.56 seliter).

“RON95 Malaysia juga berharga RM2.30 seliter pada Oktober dan November 2014. Pada tahun 2008, RON92 (sebelum digantikan dengan RON95) mencecah RM2.62 seliter.”

sistem apungan terkawal akan menyebabkan rakyat membayar lebih tinggi apabila harga minyak global naik, ia juga bererti  kita juga telah menikmati harga rendah untuk satu tempoh selama 2 tahun apabila harga di pam turun sehingga RM1.60 seliter.

Jelas sekali bukan najib or kerajaan mampu mengawal naik atau turun harga minyak tetapi harga minyak ditentukan oleh faktor ekonomi antarabangassa dan aktor bukan negara yang mempunyai kepentingan dalam industri minyak. Cukup dengan cara menipu rakyat untuk mendapatkan perhatian murahan.