Isu Banjir : Betulkah Penampang dianaktirikan? Seperti kata Warisan.

Diterbitkan pada: 11:59AM 15/08/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
92 Pembaca

Mitigasi Banjir Untuk Penampang

1. Projek mitigasi banjir untuk Penampang, bukan terhalang oleh peruntukan, kerana peruntukan untuk itu telah diluluskan melalui Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11).

2. Masalah yang didepani penyiapan projek itu, terbentuk dengan kajian menyeluruh berkaitan projek itu, kerana kerajaan TIDAK bersedia melaksanakan projek itu secapatnya jika nanti, projek mitigasi itu TIDAK MAMPU mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

3. Tujuan kerajaan melaksanakan projek mitigasi banjir di kawasan Penampang, bukan sahaja mahu menyelesaikan masalah banjir di kawasan itu, akan tetapi kawasan-kawasan sekitar seperti Bandar Kota Kinabalu yang bersambungan dengan kawasan itu.

4. Pihak kerajaan melalui juruperunding yang dilantik sedang bertungkus lumus menyiapkan kajian berkaitan projek mitigasi itu, agar spesifikasi yang diperlukan dapat dirumuskan oleh pihak-pihak yang terbabit, bagi menyelesaikan banjir di kawasan Penampang dan sekitarnya “once for all”.

5. Rakyat perlu faham, sesebuah kajian memperlukan masa, apatah lagi menjalankan kajian yang berkaitan dengan “the act of God”.

6. Melaksanakan projek MITIGASI BANJIR PENAMPANG adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Penampang dan kawasan-kawasan sekitarnya, dan tiada hubungan dengan fahaman politik.

7. Kerajaan peka dengan kejadian banjir boleh membantut aktiviti ekonomi rakyat di kawasan yang menerima musibah banjir, selain kerugian harta benda rakyat.

8. Jangan politikkan kejadian alam, apatah lagi dihubungkan dengan fahaman politik.

9. Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah, tidak terlintas difikiran beliau, bahawa kawasan yang bukan diwakili parti kerajaan dianak tirikan.

10. Masalah banjir sudah menjadi masalah rakyat kawasan Penampang, semasa kawasan itu masih diwakili parti kerajaan. Maknaya, masalah banjir kawasan itu, dan tindakan mengatasinya, sebenarnya bermula sejak 10 tahun lalu, namun, tindakan jangka pendek seperti pendalaman parit tidak dapat mencegah banjir. Mengambil iktibar kepada keadaan itu, maka kerajaan melantik juruperunding bertauliah untuk menjalankan kajian.