ISU KENAPA SABAH TIDAK SEPERTI SARAWAK MENUBUHKAN KEMENTERIAN PELAJARAN DAN SABAH TIDAK.

Diterbitkan pada: 10:14PM 15/05/2017
Kategori: Pemikiran
559 Pembaca

JAWAPAN RETORIK  MOHD. AZIS BIN HAJI JAMMAN WIRA WARISAN MENGENAI ISU KENAPA SABAH TIDAK SEPERTI SARAWAK MENUBUHKAN KEMENTERIAN PELAJARAN DAN SABAH TIDAK.

Walaupun Sarawak menubuhkan Kementerian pendidikan bidang tugas dan dasar pendidikan masih daripada persekutuan sesuai dengan jadual kesembilan pelembagaan persekutuan. Cuma yang membezakan perkara ini ialah nama Jabatan Pendidikan dinaiktaraf menjadi Kementerian dan masih banyak mengekal tugas-tugas sebagai pelaksana dasar sesuai dengan tugas-tugas jabatan pendidikan negeri di seluruh Malaysia.

Azis sebenarnya tiada isu untuk diperjuangkan untuk mendapat perhatian politik murahan. Oleh demikian sanggup memgunakan isu ini. Sebenarnya ada apa dengan nama? Yang paling bagus kita memperjuangkan mengenai isu pendidikan di Sabah. Persoalan yang harus dijawab oleh Wira Warisan apa usaha Presiden Warisan Datuk Shafie dalam memperjuangkan isu pendidikan di Sabah semasa di menjadi Menteri KKLW? Sabah juga merupakan antara negeri yang banyak menerima bajet dalam pendidikan daripada persekutuan setiap tahun.

Kata Azis, ramai generasi muda termasuk mereka yang berpendidikan tinggi terpaksa keluar berhijrah ke kota-kota besar seperti ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru semata-mata untuk mencari pekerjaan. Salahkah belia kita mencari pengalaman untuk membantu negeri kita masa hadapan. Jika yang berpendidikan ini menjadi Ketua Setiusaha Kementerian dan menjadi orang penting di Putrajaya bukankan itu perkara yang baik untuk Sabah? Bukankan kita rakyat sabah akan lebih ke hadapan. Cukup-cukuplah menjual mimpi yang beracun untuk anak muda Sabah!
Kerajaan Negeri Sabah juga dalam Bejet negeri 2017, RM53 Juta  peruntukan khas hanya untuk belia sabah dalam membangunkan modal insan. Kerajaan juga menubuhkan Pusat Latihan Pelancongan (MyCenTHE) Malaysian Centre For Tourism and Hospitality Education bagi menyediakan belia mahir dalam industri pelancongan sesuai dengan pembangunan pesat industri pelancongan di Sabah. Persoalan kembali kepada Wira Warisan ini, apa perancangan untuk membangunkan belia Sabah? Selain daripada bising mengenai masalah dan tiada cadangan untuk kebaikan rakyat Sabah?

Oleh :Zainald.com