Isu Pertanian di Sabah : Jawapan Untuk Lajim

Diterbitkan pada: 10:22AM 27/10/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
182 Pembaca

“Sektor pertanian khasnya tanaman padi di Kota Belud sepatutnya berada di tahap yang boleh dibanggakan di mana daerah ini terkenal dengan jolokan ‘Sabah rice bowl’. Tetapi sayangnya ianya tidak seperti diharapkan”._Datuk Seri Lajim Ukin (Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah), Borneo Post online, 25 Oktober 2017.

 

 

Jawapan:

 

Pembangunan industri padi merupakan aspek penting dalam sektor pertanian bagi memastikan pengeluaran beras yang stabil dan mencukupi kepada rakyat. Di samping itu ianya dapat membantu meningkatkan pendapatan dan kejayaan penduduk luar bandar yang terlibat.

 

Antara aktiviti yang dijalankan untuk menjana industri padi termasuk penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran, penanaman medan padi, input pertanian untuk meningkatkan kesuburan tanah, kawalan serangga, jentera ladang dan mekanisasi. Di samping itu, sokongan penyelidikan dan sokongan teknologi, subsidi dan pembayaran insentif juga diwujudkan.

 

Umum mengetahui bahawa keluaran beras Sabah kekal pada tahap 30 peratus, yang dkategorikan sebagai amat rendah. Namun, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk meningkatkan hasil padi purata negeri Sabah daripada 3.5 kepada 6 tan metrik sehektar di bawah Projek Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).

 

Keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap pengeluaran beras menyaksikan empat kawasan baru diwujudkan termasuk daerah Kota Belud.

 

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian berkata RM360 juta telah diperuntukkan untuk IADA Kota Belud bagi melaksanakan 10 projek pengairan dan Saliran sejak 2015 hingga 2020.

 

Terdapat tiga projek dibina dan antaranya termasuk kerja menaik taraf dan menstruktur semula Pengangkutan Terusan Menengah Utama dan kerja-kerja berkaitan Skim Pengairan Utara Tempasuk.

 

Pakej kedua membabitkan pembinaan ban banjir, jalan ladang dan kerja-kerja berkaitan untuk Sungai Kesapang dan Sungai Jepun.

 

Manakala pakej ketiga membabitkan pembinaan saluran paip dan jalan ladang di Tawadakan – Tamau yang kini 2.18 peratus siap dan dijangka siap pada Oktober 2018.

 

Kira-kira 4,000 petani aktif dan syarikat komersil dijangka mendapat manfaat daripada 10,000 hektar kawasan penanaman padi selepas siapnya projek-projek IADA tersebut.

 

Mengenai perkembangan lain, program Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017. Ianya bertujuan untuk mentransformasikan sektor melalui perubahan sikap dalam kalangan petani.

 

GTN yang termasuk pembangunan IADA turut menekankan tiga bidang

iaitu keselamatan makanan, pemerkasaan petani dan kesejahteraan sektor pertanian.

 

Program ini sedang dilancarkan secara berperingkat dengan menumpu

pada peningkatan pendidikan dan kesedaran petani tempatan serta perkongsian fakta dengan kerajaan.