Isu Petroleum : Sabah Lebih Ke Hadapan

Diterbitkan pada: 2:43PM 18/08/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
56 Pembaca

Presiden Warisan mendakwa YAB DSP Musa Aman kononnya gagal mempengaruhi Kerajaan Persekutuan berhubung isu galian gas dan petroleum.

 

Isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 sering kali digunakan oleh  pihak pembangkang untuk mengelirukan dan memanipulasi masyarakat terutama sekali rakyat yang kurang mendapat informasi. Perkara yang sering dikaitkan oleh golongan-golongan ini berkenaan Memorandum Perkara 20 perkara. Kalau diteliti daripada 20 Perkara tersebut, 16 perkara masih berkuatkuasa sehingga kini kecuali bab berkaitan agama, pendidikan, keselamatan dan cukai.

 

Ada yang membuat tuduhan kononnya kerajaan persekutuan memungut hasil cukai yang lebih banyak daripada Sabah dan hanya sebahagian kecil peruntukan untuk negeri Sabah. Sedangkan sebarang pungutan cukai oleh kerajaan Sabah adalah hak Sabah. Adalah sesuatu yang tidak benar bahawa persekutuan membolot kekayaan Sabah. Malah persekutuan menanggung kos keselamatan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya yang semuanya berjumlah berbilion ringgit setiap tahun.

 

Mengikut rekod, tahun 2013, agensi-agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah mengutip cukai berjumlah RM4.6 bilion. Sebaliknya, setiap tahun Kerajaan Persekutuan memperuntukkan antara RM4Billion-RM5Billion untuk pembangunan di Sabah khususnya untuk pembinaan infrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan air, elektrik, perumahan rakyat, hospital, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

 

Selain itu, pujian harus diberikan kepada Ketua Menteri Sabah yang mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Sabah yang lain dalam meningkatkan perolehan Sabah dari hasil petroleum di negeri sendiri. Tanpa perlu retorik, Ketua Menteri berjaya berunding dengan Petronas dengan kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Sabah diberikan 10% saham dari Projek hiliran Petronas MLNG di Bintulu yang menggunakan Gas dari Sabah. Nilai 10% tersebut ialah RM1Billion setahun.

 

Kerajaan Sabah juga ditawarkan Saham bernilai 25% dalam projek hiliran Sabah Ammonia dan Urea SAMUR di Sipitang. Selain itu, M3Energy Sdn Bhd, syarikat milik Kerajaan Sabah juga diberikan saham 25% dalam projek Penggerudian dan Pengeluaran Minyak Petroleum JV antara Sapura-Kencana/Carigali untuk pencarian Petroleum di Blok darat Tawau hingga Kudat.

 

Kesemua projek yang diusahakan Ketua Menteri dengan kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pasti akan menambah pendapatan Sabah dari hasil Petroleum di negeri ini di tahun-tahun akan datang.