Jawapan Kepada Fitnah Warisan terhadap Ketua Menteri Sabah.

Diterbitkan pada: 2:14PM 11/08/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
97 Pembaca

“Musa Aman disifatkan sebagai ‘pemimpin yang gagal’ dan sering mempersalahkan presiden Parti Warisan Sabah”

 

Mempersalahkan Datuk Shafie Apdal terhadap kegagalannya membantu memajukan negeri Sabah adalah patut kerana selama beliau menjadi menteri KKLW, Berbilion ringgit yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan kawasan luar bandar di Sabah tidak sampai kepada sasaran penduduk luar bandar, terutamanya pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya yang amat diperlukan oleh penduduk luar bandar selain bekalan air dan elektrik. Peruntukan yang telah diagihkan lebih kepada projek-projek yang bukan keutamaan, dan menyebabkan pembaziran peruntukan yang besar dan merugikan rakyat Sabah.  Lihat sahaja di kawasan beliau sendiri iaitu daerah Semporna, di mana masalah bekalan air juga masih seperti tahun 90-an. Berlakunya perkara ini bukan disebabkan oleh kesilapan pihak BN mentadbir sebaliknya adalah kegagalan beliau sendiri.

 

Sebaliknya menyifatkan Datuk Musa Aman sebagai seorang pemimpin yang gagal adalah satu kesilapan kerana Kerajaan Barisan Nasional Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Musa Aman telah memajukan Negeri sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 1994.  Usaha kerajaan di dalam membangunkan negeri bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan fizikal di kawasan tertentu, tetapi ianya dirancana secara menyeluruh meliputi pelbagai sektor agar ianya memberi manfaat dan kebaikan kepada penduduk Sabah seluruhnya pada masa ini dan akan datang.

 

Antara usaha yang dicapai adalah seperti penurunan kadar kemiskinan Sabah dengan Sangat Ketara daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 3.9% pada tahun 2014. Program-program pembasmian kemiskinan seperti Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ), pelaksaan Geran Komunal, Agropolitan (Tongod) selain daripada bantuan-bantuan khas seperti PPRT dan bantuan kebajikan kepada golongan miskin, warga emas, OKU, ibu tunggal dan anak-anak yatim. Pemiliharaan dan pemulihan hutan di mana sebarang aktiviti pembalakan di Sabah dihentikan sama sekali bermula pada 31 Disember 2007. Sebanyak 53% atau kira-kira 3.9 juta hektar tanah telah diwartakan sebagai Hutan Rizab. Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk mengekalkan 30% atau 2.2 juta hektar kawasan terlindung. Ia kini telah mencapai hampir 1.9 juta Hektar (kira-kira 26%).

 

Simpanan kewangan negeri senantiasa kukuh, di mana jumlahnya senantiasa berlegar-legar pada angka RM3 bilion. Ramai pemimpin Sabah diberi peranan di peringkat Pusat termasuk menteri-menteri kanan. Termasuklah Datuk Shafie Apdal, tetapi apa yang berlaku beliau telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang menyokong beliau sebelum ini.

 

Sebenarnya banyak lagi pencapaian yang telah dibuat oleh Datuk Musa Aman demi kepentingan rakyat Sabah dan ianya dapat dilihat oleh masyarakat, kecuali mereka yang buta hati yang sengaja menafikannya.