Jawapan kepada Isu kemudahan Asas Sabah dimainkan oleh DAP

Diterbitkan pada: 2:52PM 06/12/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
23 Pembaca

“Kerajaan Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Sabah terutamanya bagi kawasan pendalaman”_Lim Kit Siang, Borneo Today,

 

Jawapan balas;

 

Tidak dinafikan bahawa masih terdapat kawasan luar bandar di Sabah yang tidak mendapat kemudahan asas (namun liputan kemudahan asas semakin meluas dari tahun ke tahun) seperti air, elektrik dan jalan raya. kenyatan pemimpin di atas sememangnya amat pedas untuk didengar oleh pemimpin Kerajaan Barisan Nasional samada di peringkat Persekutuan, Negeri mahupun kepimpinan kampung.

 

Betul kata pepatah,

 

“akibat seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit”

“akibat nila setitik, rosak susu sebelanga”

 

Pepatah di atas tepat mengambarkan senario yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini. Malang bagi pemerintah yang sedaya upayanya mahu memberikan kemudahan kepada rakyat tetapi sentiasa menerima tohmahan akibat tindakan sebilangan bekas pemimpinnya.

 

Pembangkang sengaja tidak menekankan punca masalah, sedangkan mereka sebenarnya tahu bahawa masalah bekalan air bersih di Sabah terutama di kawasan pedalaman tidak lagi bermasalah sekiranya pelaksanaan projek infrastruktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ditadbir dengan baik sebelum ini.

 

Berbanding rakyat Sabah sendiri yang tahu cerita sebenar, mereka tidak dapat lari dari menyelahkan pemimpin bertanggungjawab sebelum ini yang menjadi punca ketidak sampaian kemudahan kepada golongan sasar.