Jawapan Kepada isu perkerjaan kepada KP Warisan

Diterbitkan pada: 11:46AM 22/11/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
142 Pembaca

Tohmahan : Ketua Pemuda Warisan mengatakan bahawa golongan belia di Sabah ini tidak mempunyai harapan melalui kerajaan yang sedia ada. Dengan ekonomi yang tidak memberansangkan, ramai golongan belia yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan belia di Sabah ini terpaksa mencari pekerjaan di Semenanjung Malaysia. Tidak perlu YB Khairy dan kerajaan asyik membanggakan Projek Pan Borneo yang belum siap itu. Ianya membidas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengatakan pihak pembangkang hanya memberikan harapan palsu kepada golongan belia.

Jawapan:

Kata-kata Ketua Pemuda Warisan, Azis Jaman yang mengatakan golongan belia di negeri Sabah ini tidak mempunyai harapan seolah-olah memandang rendah dengan kemampuan golongan-golongan di negeri ini. Bukan semua belia di negeri ini harus dipandang rendah kerana ada juga golongan belia yang membuktikan kehebatan mereka yand dapat membuka mata masyarakat luar. Golongan belia kerap diungkapkan sebagai “aset sesebuah negara”. Generasi belia sering juga diperkatakan sebagai “pemimpin masa kini dan hadapan”. Ungkapan dan laungan ini boleh menjadi kenyataan jika belia-belia hari ini tekun berusaha ke arah memenuhi keperluan akan datang.

Sindrom terlalu memilih pekerjaan harus dielakkan demi kemajuan rakyat dan negeri dalam era persaingan global yang semakin mencabar hari ini. Sikap terlalu memilih pekerjaan di kalangan belia juga akan mendorong kemasukan pekerja asing, seterusnya memberi kesan negatif kepada perkembangan sosial dan ekonomi negeri. Kadar pengangguran di Sabah ini semakin meningkat iaitu 5.0 peratus pada tahun 2015 meningkat kepada 5.4 peratus pada tahun 2016. Sekiranya Ketua Pemuda Warisan ingin menyalahkan seratus peratus kepada kerajaan lebih baik kiranya beliau menyatakan sumbangan beliau untuk mengubah nasib anak jati negeri beliau sendiri.

Baru-baru ini, bajet 2018 yang dibentangkan oleh YBhg Datuk Seri Najib Razak yang menyentuh isu golongan belia termasuk masalah pengangguran, sosial dan pendapatan. Bajet golongan belia disifatkan sangat komprehensif dan memberi fokus kemahiran kepada anak muda kita kerana ianya lebih banyak menyentuh aspek terutamanya latihan golongan belia, segala program skim latihan dan setiap kemudahan yang disediakan kerajaan sememangnya wajar dimanfaatkan oleh golongan belia beliawanis. Dan terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sebelum sebelum ini kepada golongan anak muda kita contohnya, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kerajaan menyalurkan dana beratus juta ringgit menaik taraf  intitut kemahiran ini. Manakala sejak tahun 2012, melalui Program Memperkasa Modal Insan-Belia Bersama Majikan, Sabah Job Centre Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat sehingga kini telah berjaya membantu 10,831 belia beliawanis tempatan mendapatkan pekerjaan. Selain itu, sebanyak 34,543 orang pencari kerja berjaya mendapat kerja melalui Sistem Job Portal dengan jumlah keseluruhan 45,374 pencari kerja telah berjaya dibantu.

Justeru itu, golongan belia tidak boleh lagi menuding jari menyalahkan pihak lain jika meraka masih tidak mendapat tempat dalam sektor pekerjaan. Belia-belia seharusnya lebih peka terhadapa kepentingan mereka dan bukannya bersifat mengharapkan bulan jatuh ke riba atau “spoonfed”.  Golongan belia dan beliawanis sewajarnya cekap dalam merebut peluang pekerjaan denga berpegang falsafah bekerja untuk belajar iaitu menambah sebanyak berapa ilmu dan pengalaman dalam apa seja bidang yang diceburi bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran baru dunia kerjaya.

Mengenai penghijrahan belia dan beliawanis tempatan yang lebih memilih untuk bekerja di semenanjung atau ke luar negara yang meningkat setiap tahun sememangnya mempunyai impak positif dan negatif serta kesannya kepada keperluan sumber manusia di Negeri Sabah. Umumnya kerajaan menyedari punca utama penghijrahan ialah desakan kehidupan, ekonomi dan persaingan walaupun sebenarnya kebanyakan pekerjaan atau jawatan tersebut ditawarkan juga di Sabah. Namun tidak dinafikan pelbagai inisiatif kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia tempatan memang tidak dapat dinafikan dalam menangani masalah pengangguran yang semakin meningkat akibat persaingan. Kerajaan bersama agensi swasta akan berkerjasama mengadakan banyak program latihan kemahiran teknikan mahupun separa mahir bagi meningkatakan kualiti dan keboleh pasaran belia tempatan dan melahirkan lagi tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing. Di samping itu, penyampaian maklumat adalah sangat penting kepada golongan muda mengenai cara mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Faktor utama yang menjadikan belia hari ini cemerlang pada masa akan datang, ialah dengan menuntut pelbagai ilmu yang diperlukan. Peluang-peluang menjadikan rakyat Malaysia yang berilmu, berhemah dan berpendidikan tinggi masih terbuka luas. Sesungguhnya menjadi sukarelawan untuk menyumbang kepada pembangunan negara juga memerlukan ilmu, kemahiran dan pengalaman untuk menjadikan kita seorang yang benar-benar diperlukan.