JAWAPAN : Siapakah yang bertanggungjawab untuk “Dana Pembangunan”?

Diterbitkan pada: 2:27PM 17/07/2017
Kategori: Isu
229 Pembaca

Tohamahan: Siapakah yang bertanggungjawab untuk “Dana Pembangunan” – Darell LeikingPihak pembangkang bertanyakan kepada kerajaan bahawa siapakah yang bertanggungjawab dalam pengurusan dana untuk pembangunan negeri? Bagaimana dana ini diuruskan? Dan untuk ke mana dana ini disalurkan? Pihak pembangkang juga menyelar kerajaan yang tiada transparensi dalam menyalurkan dana kepada parliameN.

 

Jawapan:

Di sini dinyatakan pengurusan kewangan bagi sektor awam. Satu Kumpulan Wang iaitu wang yang disatukan, dimana semua hasil kerajaan yang diperolehi, kecuali wang berkaitan dengan Agama Islam dimasuk dan diperakaunkan di dalamnya. Wang dalam Kumpulan Wang Disatukan ini tidak boleh dikeluarkan tanpa diluluskan oleh sesuatu undang-undang. Mengikut Akta Acara Kewangan 1957, tiga(3) Akaun berasingan disenggarakan di bawah Kumpulan Wang Disatukan:

  • Akaun Hasil Disatukan;
  • Akaun Amanah Disatukan; dan
  • Akaun Pinjaman Disatukan

 

PIHAK BERKUASA MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM:

PERKARA 39, Perlembagaan: Kuasa Pemerintah Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agong dan kuasa itu boleh dijalankan oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas tugas pemerintah kepada orang-orang lain. 13 Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 : Berhubung dengan pengurusan kewangan awam, Yang Di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri melalui Menteri Kewangan yang telah diberikuasa eksekutif oleh Badan Perundangan

Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan. Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan : “ Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan arahan bagi semua perkara berhubung dengan hal ehwal Kewangan Persekutuan terletak hak pada Menteri.” 15 Ü Mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Acara Kewangan – Menteri Kewangan dibenarkan untuk menurunkan kuasanya kepada Pegawai Pengawal yang juga menjadi Ketua Pegawai Perakaunan bagi agensiagensi di bawah kawalannya untuk melaksanakan tugas pengurusan kewangan di Agensi masingmasing. Pegawai Pengawal pula secara bertulis boleh melantik pegawai-pegawai di bawah jagaannya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut. Namun, Pegawai Pengawal tidak boleh melepaskan diri dari tanggungjawab tersebut. Pegawai Pengawal : Pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan atau Menteri Besar di bawah Sek.15A(1) ATK 1957 yang bertanggungjawab dalam pengurusan wang awam dan juga sebagai Ketua Pegawai Perakaunan bagi agensi di bawah kawalannya.

Pegawai Perakaunan : Pegawai yang ditugaskan berkenaan dengan apa-apa wang atau barang-barang awam. Mengikut Akta Acara Kewangan 1957 : “Pegawai Perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berikut :

  1. Memungut, menerima atau mengakaun wang awam;
  2. Membayar atau membelanjakan wang awam; dan
  3. menerima, menyimpan atau melupus barang-barang awam

BIDANG-BIDANG UTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM

1) Pengurusan Belanjawan;

2) Pengurusan Hasil;

3) Pengurusan Perolehan;

4) Pengurusan Perbelanjaan;

5) Pengurusan Perakaunan; dan

6) Pengurusan Aset.

 

PRINSIP PENGURUSAN KEWANGAN

1) LEGALITI Bermaksud pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang digubal untuknya

2) AKAUNTABILITI Bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan ataupun kegagalannya

PRINSIP-PRINSIP LEGALITI TERBAHAGI KEPADA 5 PERINGKAT UTAMA:-

  1. TERIMAAN WANG AWAM
  2. SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY)
  • PENGELUARAN WANG AWAM
  1. BAYARAN WANG AWAM
  2. PERAKAUNAN WANG AWAM

 

LEGALITI TERIMAAN WANG AWAM • Tiada apa-apa cukai boleh dikenakan tanpa undang-undang • Kutipan hasil (cukai/yuran) hanya boleh dibuat berasaskan akta (Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan) • Pinjaman kewangan hanya boleh dibuat di bawah kuasa Undang-Undang Persekutuan (Perkara III Perlembagaan)

 

LEGALITI SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY) Semua hasil yang dikutip mestilah dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan (Perkara 97 Perlembagaan) – kecuali hasil kutipan berkaitan Agama Islam seperti zakat, fitrah dan lain-lain.

 

LEGALITI PERBELANJAAN WANG AWAM Tiada apa-apa perbelanjaan/pembayaran boleh dibuat daripada Kumpulan Wang Disatukan kecuali apabila peruntukan yang ditetapkan bagi sesuatu maksud perbelanjaan telah dibenarkan dari segi undang-undang.

 

Akauntabiliti ialah obligasi seseorang untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai tindakan dan prestasinya kepada pihak yang berhak untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu yang dipertanggungjawabkan keatasnya‟

 

INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI

  • AKAUNTABILITI FISKAL – Dari segi Integriti Kewangan, maklumat (disclosure) pematuhan kepada undang-undang dan peraturan pentadbiran awam
  • AKAUNTABILITI PENGURUSAN – Dari segi penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain secara cekap dan ekonomik
  • AKAUNTABILITI PROGRAM – Dari segi impak program, iaitu sama ada sesuatu program mencapai objektif yang dirancangkan, dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk mencapai objektif berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan output

 

KAWALAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM

  1. KAWALAN PARLIMEN – Parlimen – J/kuasa Kira-Kira Awam (PAC) – Ketua Audit Negara
  2. PERBENDAHARAAN
  • KEMENTERIAN/JABATAN

 

KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM

  • penyediaan peruntukan belanjawan yang melebihi daripada keperluan;
  • peruntukan-peruntukan tambahan yang tidak dibelanjakan;
  • perbelanjaan yang melebihi peruntukan;
  • buku vot tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini; 54
  • baucer bayaran tidak disokong dengan lengkap dan disahkan dengan sewajarnya;
  • kelemahan dalam pengurusan harta/stor kerajaan;
  • kelemahan dalam sistem kawalan dalaman bagi kutipan hasil
  • kelemahan dari segi perancangan
  • kelemahan pengurusan perolehan dan kontrak dll.