Jawapan Terhadap Penipuan Parti Warisan terjawab?

Diterbitkan pada: 9:41PM 18/09/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
274 Pembaca

Tuduhan “Parti Warisan tidak memberikan wang kepada orang ramai apabila menghadiri perjumpaan. Barisan kalau dijemput akan bagi RM 50.00. Disuruh senyum dan menyokong. Kita tidak ada, kita kenyataan, kerelaan dan kesukarelawanan. Pasal kita mahu bangkit Sabah bukan pasal duit, kita mahu bangkit orang Sabah mahu ambil kuasa untuk orang Sabah”

 Jawapan Balas; Datuk Shafie Apdal ini sangatlah berlagak seperti “innocent” atau seperti baru bertatih dalam bidang politik. Beliau antara yang terkenal memberi duit-duit untuk sesiapa yang datang ke majlis-majlis yang beliau anjurkan terutamanya pada waktu pilihan raya dahulu sewaktu menyandang menteri kerajaan dahulu. Jangan katakan Datuk Shafie Apdal tidak memberikan wang kepada penyokongnya di Semporna. Beliau sangat terkenal sekiranya turun ke Semporna akan menghulurkan duit kepada penyokongnya. Jangan katakan beliau tidak memberikan duit sewaktu parti warisan menjelajah benoni. Terdapat kekecohan yang berlaku di Likas baru-baru ini yang mengatakan bahawa orang yang datang itu adalah dari luar kawasan dan bukannya dari kawasan di mana jelajah itu dibuat.

 

Untuk pengetahuan umum, apabila menghadiri perjumpaan atau anjurang majlis daripada BN/UMNO duit yang diberikan adalah daripada parti kepada ahli-ahli di dalam parti bagi menampung kos perjalanan mereka, kita tahu bahawa sekiranya majlis diadakan kebiasaanya ahli-ahli dan penduduk yang datang adalah dari mukim-mukin atau kampung yang jauh, maka dengan itu duit diberikan kepada mereka untuk menampung kos perjalanan dan yang bukan ahli memang tidak akan mendapat wang tersebut. Lagipun kehadiran ramai orang setiap kali pemimpin UMNO/BN melawat kawasan adalah kerana jumlah ahli parti itu sendiri yang sememangnya ramai iaitu melebihi 500,000 di seluruh Sabah. Apa yang salah di situ dalam memberikan duit kepada ahli-ahli yang sanggup datang untuk memberikan sokongan kepada parti?

 

Tuduhan: “Kita benci Barisan Nasional dan dasarnya. Kita kena jelas, jangan tidak jelas. Pasal apa kita lawan diorang, pasal diorang punya kerajaan ini. Kita undi macam saya Naib Presiden UMNO dahulu 2 kali saya bertanding, menang. Kalah Dr. Mahathir, kalah   anak Tun Hussein Onn. Sudah diundi, digantung” Muhyiddin, Mukhriz dipecat. Parti tidak ada sistemnya, orang dibuang, digantung tidak ditanya kenapa digantung dan dipecat.

 

Jawapan Balas

Jika Datuk Shafie Apdal mengatakan bahawa parti tidak ada sistem atau membuang orang atau menggantung tanpa sebab maka Datuk Shafie Apdal harus ingat setiap parti ada peraturannya sendiri, ahli yang tidak sehaluan dengan parti dan kepimpinan pasti akan dipecat bagi memantapkan lagi parti. Tidak ada gunanya menyimpan ahli yang menjadi gunting dalam lipatan.

Dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta komponen BN di Sabah, bukan satu rahsia lagi hubungan dingin antara Shafie Apdal dan juga Musa Aman kerana keinginan Shafie yang mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Cuba fikirkan bersama, jika Shafie tidak berminat untuk menjadi Ketua Menteri, kenapa ditubuhkan Parti Warisan Sabah yang perjuangannya hanya tertumpu di Sabah sahaja? Kenapa tidak bersama-sama di dalam Parti Pribumi Bersatau Malaysia (PPBM) atau Pakatan Harapan mahupun Gagasan Sejahtera? Kenapa Parti Warisan enggan menerima sokongan atau penggabungan dengan parti pembangkang yang ada di Sabah?. Sebaliknya Shafie memperkecil dan memperlekehkan integriti parti pembangkang tempatan yang lain seperti United Sabah Alliance (SAPP, STAR, PCS dan Harapan Rakyat) dengan mengatakan mereka ini tidak jujur dan wakil rakyat mereka boleh dibeli.

Tidakkah ini menunjukkan kecenderungan beliau untuk menjadikan Parti Warisan sebagai parti tunggal untuk memerintah Sabah sekiranya menang pada PRU14 dan seterusnya secara automatik selaku presiden parti Warisan akan menjadikan beliau Ketua Menteri Sabah yang ke-15. Seperti kes Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang katanya tidak mahu menjadi Perdana Menteri tetapi bertanding Naib Presiden UMNO iaitu satu jawatan untuk membuka jalan bagi seseorang untuk memegang jawatan yang lebih tinggi.

Antara kenyataan Shafie yang dilihat menjurus kepada hasratnya untuk menjadi Ketua Menteri Sabah adalah “takkanlah saya tak pandai setakat mau urus satu negeri macam Sabah ni”