Kutipan Derma Warisan Hanya Propaganda

Diterbitkan pada: 11:30PM 31/10/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
167 Pembaca

“Saya yakin ramai rakyat Sabah yang menyokong Datuk Seri (Shafie) dan ingin bersamanya, Jika setiap seorang menderma RM10, kita hanya perlu 30,000 orang untuk mendapat RM300,000”._Junz Wong (Naib Presiden Warisan), Borneo Today, 25 Oktober 2017.

Jawapan Balas;

 

Parti Warisan Sabah sebelum ini telah melancarkan Tabung Solidariti Untuk Shafie yang bertujuan mengutip wang bagi membayar ikat jamin Datuk Shafie Apdal dengan menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM300 ribu.

 

27 Oktober 2017 (Jumaat), Datuk Shafie Apdal telah dibebaskan daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysai (SPRM) dengan ikat jamin sebanyak RM100 ribu (lebih rendah berbanding jangkaan pemimpin-pemimpin Warisan).

 

Di pihak Parti Warisan, jumlah derma yang akan diperolehi dapat memberi gambaran kepada umum bahawa bilangan rakyat yang menyokong parti Warisan adalah ramai. Manakala pihak di luar parti Warisan beranggapan tujuan derma tersebut sebenarnya adalah untuk memancing simpati orang ramai terhadap Parti Warisan. Kedua-dua pihak adalah benar.

 

Sekadar anggaran pengiraan ringkas jumlah derma dan bilangan penderma dengan andaian seorang menderma lebih dari RM10 untuk RM100,000 (jumlah sebenar ikat jamin).

 

Anggaran kasar sekiranya setiap seorang menderma RM…

 

RM20         : Bersamaan 5,000 orang penderma.

RM50         : Bersamaan 2,000 orang penderma.

RM100       : Bersamaan 5,000 orang penderma.

RM200       : Bersamaan 500 orang penderma.

RM500       : Bersamaan 200 orang penderma.

 

Adakah mustahil andainya ada yang menderma lebih banyak daripada jumlah tersebut di atas. Siapa yang dapat membuktikan sekiranya hanya beberapa orang sahaja yang menderma kepada tabung tersebut?

 

Apa pun agenda yang tersembunyi di sebalik objektif tabung derma tersebut, kedua-dua pihak di atas semacam telah mendapat jawapannya. Yang pasti mustahil mantan menteri tidak mampu untuk membayar ikat jamin dan mustahil parti Warisan tiada wang untuk memberi ikat jamin.