KWSP DAN SOCSO : KEWAJIPAN MAJIKAN : HAK BURUH!

Diterbitkan pada: 12:42PM 10/08/2017
Kategori: Santai Bosku
204 Pembaca

Terdetik hati saya untuk menulis berkenaan isu hak buruh pada hari ini. Kerana banyak kes berlaku di Sabah tentang pencabulan hak buruh oleh majikan semakin hari semakin bertambah. Banyak faktor berlakunya pencabulan hak buruh ini antaranya disebabkan ketamakkan majikan untuk mencarum untuk pekerja dan kurangnya kesedaran perkerja atau buruh tersebut. Sebenarnya KWSP dan SOCSO ini bukannya pilihan mahu bagi atau tidak! Tetapi ini adalah KEWAJIPAN MAJIKAN DAN HAK PEKERJA dimana-mana sektor sekalipun.

Pada 2009 bagi seluruh negara sebanyak 688 majikan didakwa di mahkamah dan sebanyak 204 kes berjaya diselesaikan di peringkat mahkamah dan sementara sehingga Mei tahun ini, 156 kes dijatuhkan hukuman.

Mengulas lanjut mengenai operasi yang diadakan serentak di seluruh negara itu, Mohammed Azman berkata matlamat operasi ialah memberi kesedaran kepada majikan tentang tanggungjawab mereka pada masa masa mengingatkan pekerja akan hak-hak sebagai pekerja.

“Matlamat kita bukan untuk mencari kesalahan, mendenda atau melihat kekurangan majikan tetapi mengingatkan majikan dan pekerja tentang tanggungjawab dan hak-hak mereka yang tertakluk di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969.

“Justeru tawaran kompaun dengan pengurangan sehingga 75 peratus kepada majikan yang datang ke mana-mana pejabat Perkeso (untuk membuat pendaftaran) dalam tempoh seminggu selepas notis kompaun dikeluarkan,” jelasnya.

Bagi memastikan majikan tidak terlepas daripada melaksanakan tanggungjawab dan pekerja tahu hak mereka, Perkeso akan menjalankan operasi harian seperti biasa.

SELESAIKAN MASALAH PEMBAYARAN GAJI MELALUI JABATAN TENAGA KERJA

Masalah pembayaran gaji secara berjadual sering kali berlaku terutamanya dalam sektor swasta dan permasalahan ini sering kali berlaku di mana-mana negeri termasuk negeri Sabah!

 

Kegagalan majikan membayar gaji secara berjadual merupakan sesuatu yang boleh memberi tekanan kepada golongan pekerja lebih-lebih lagi ada majikan yang tidak membayar gaji pekerja berbulan-bulan. Aduan tentang majikan tidak membayar gaji berbulan-bulan bukanlah perkara luar biasa kerana ia sememangnya berlaku. Ada pekerja yang terpaksa mencari peluang pekerjaan lain untuk menampung kos sara hidup setelah berbulan-bulan majikan tidak membayar gaji.

 

Apakah yang perlu anda lakukan? Jika seseorang pekerja itu memilih untuk tidak lagi berkhidmat dengan sesebuah syarikat, institusi, atau perbadanan yang tidak membayar gaji berbulan-bulan seperti tiga sehingga enam bulan tidak dibayar gaji, maka anda mungkin boleh menghantar surat peletakan jawatan dan pastikan anda menetapkan tarikh akhir anda bersama organisasi tersebut.

 

Langkah seterusnya, anda bolehlah mengfailkan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berhampiran berkaitan tuntutan gaji yang tidak dibayar oleh majikan. Antara dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan dan slip gaji terakhir yang ada (atau bawa semua sekali slip gaji). Anda kemudian perlu mengisi borang selengkapnya termasuk melengkapkan maklumat majikan seperti nama organisasi, alamat, no. telefon, no. faks, dan sebagainya. Slip gaji terakhir diperlukan untuk membolehkan JKT membuat anggaran bayaran gaji tertunggak yang perlu dilunaskan oleh majikan.

 

Setelah anda membuat laporan, pihak JTK akan menetapkan tarikh tertentu untuk pertemuan anda dengan majikan atau wakil majikan di pejabat JTK. Pertemuan tersebut merupakan proses perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak menetap satu tarikh gaji akan dibayar. Walau bagaimanapun, ada majikan yang bermasalah akan cuba menangguhkan sesuatu tarikh ke satu tarikh yang lain kerana tetap ingin mengelak daripada membayar gaji.

TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA MAJIKAN

 

 

CARUMAN KWSP

Selain masalah gaji tidak dibayar, anda juga perlu membuat aduan kepada pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya caruman KWSP juga gagal dibuat oleh majikan anda yang bermasalah. Aduan boleh dibuat di mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran dan jangan lupa bawa salinan atau slip gaji yang asal (setakat mana yang anda ada). Pihak KWSP akan membuat anggaran caruman yang belum mereka terima dan akan mengambil tindakan setegasnya terhadap majikan.

 

Apakah yang akan terjadi sekiranya sesebuah organisasi itu telah diisytiharkan bankrap sedangkan caruman KWSP yang telah dipotong setiap bulan gagal dimasukkan oleh majikan ke dalam akaun KWSP pekerja? Anda tidak perlu risau sedikitpun jika sesebuah organisasi itu sudah atau hampir bankrap kerana pihak KWSP akan tetap memburu pengarah-pengarah syarikat yang bertanggungjawab. Pengarah-pengarah syarikat bertanggungjawab untuk melunaskan caruman KWSP walaupun syarikat tersebut sudah bankrap. Dengan kata lain, pihak KWSP akan memburu individu-individu yang bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing. Apa yang paling penting adalah anda perlu membuat aduan rasmi kepada KWSP.

 

HARAPAN

Ramai pekerja yang tidak mengetahui hak mereka sebagai pekerja dan sering kali menjadi mangsa penindasan pihak majikan tidak kiralah majikan itu sesama Islam atau sebaliknya. Dengan penulisan ini, ia diharap dapat membantu golongan pekerja yang tertindas oleh majikan korporat ‘keparat’ yang hanya tahu memerah keringat pekerja tetapi mengabaikan tanggungjawab membayar gaji dan kebajikan pekerja.