MA1963 : Sabah dan Sarawak perlu berbalah?

Diterbitkan pada: 3:22PM 06/12/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
95 Pembaca

54 tahun Malaysia tertubuh dibawah perjanjian Malaysia 1963 atau lebih dikenali sebagai (MA63). Pelbagai cabaran dan dugaan yang pernah dilalui sehingga sekarang. Dari dahulu lagi isu ini menjadi persoalan yang besar dalam Malaysia. Banyak mempersoalkan mengenai hak Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Ramai yang berkata dokumen ini penting untuk melihat dimana kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia sehingga banyak yang berkata bahawa kita perlu memperjuangkannya. Penulis tiada masalah untuk kita memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Tetapi yang menjadi kerisauan ialah apabila ada beberapa pemimpin Sabah dan Sarawak mula untuk berbalah sedangkan hak ini perlu diperjuangkan bersama jika dikira soal geografi Sabah dan Sarawak tidak dipisahkan oleh lautan dan mempunyai daratan yang sama.

Isu cara dan pendekatan dalam perjuangan berbeza itu perkara yang biasa. Mungkin Sarawak dilihat lebih lantang dalam isu ini dan Sabah lebih dalam keadaan pembincangan tetapi masih dalam usaha memperjuangkan isu yang sama. Di akhir cerita apa yang Sarawak dapat Sabah akan dapat begitu juga sebaliknya.