Parti Warisan Sabah seramai 300 ahlinya kembali menyertai UMNO

Diterbitkan pada: 9:44AM 11/05/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
113 Pembaca

Parti Warisan Sabah menafikan seramai 300 ahlinya kembali menyertai UMNO dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Semporna semalam. Ketua Penerangan Parti Warisan Bahagian Semporna, Hisham Abdul Fattah  berkata ahli parti warisan sama ada di Semporna mahupun di seluruh Sabah tetap teguh dan kukuh berjuang bersama parti Warisan. Hisham menafikan Jalin Luin, blogger politik merupakan ahli Warisan dan mewakili 300 ahli Warisan menyertai UMNO.

Jawapan:

Jalin Luin merupakan blogger politik, khususnya keadaan politik semasa di daerah Semporna. Namun, beliau telah menyertai UMNO secara rasminya pada majlis yang dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mewakili 300 orang ahli Warisan menyertai UMNO. Memetik kenyataan Jalin Luin di blog beliau yang bertarikh 25 Mac 2017,

 

“Saya tidak lagi menyokong Warisan (pembangkang) tetapi kini berdiri sebagai penyokong atau jentera politik UMNO/BN atau kepimpinan negeri Sabah. Selama ini, saya tidak pernah menjadi ahli kepada mana-mana parti politik selain UMNO. Semenjak DSSA meninggalkan UMNO, saya banyak mengkritik kepimpinan UMNO/BN melalui tulisan saya. Untuk makluman, sudah lebih 7 tahun saya menjadi PENGIKUT DSSA. Adapun jasa saya selama itu sama ada besar atau kecil, terbalas atau tidak, semoga ia mampu mematangkan pemikiran masyarakat, mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk”.

 

Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah bahawa Jalin Luin merupakan penyokong tegar DSSA dan Parti Warisan suatu ketika dahulu. Dakwaan Hisham Abdul Fattah mengenai Jalin Luin bukanlah ahli Warisan, berkemungkinan adalah benar, hanya tuan empunya diri yang mengetahui. Namun, kesetiaan seseorang penyokong itu tidak perlu diukur dengan keahlian, malah usaha dan khidmat yang lebih penting dalam menegakkan visi dan misi sesuatu parti itu. Oleh yang demikian, walaupun mungkin Jalin Luin bukan ataupun tidak pernah menjadi ahli Warisan, beliau mengakui beliau ada penyokong tegar DSSA dan parti Warisan. Keahlian beliau dimana-mana parti pun seharusnya tidak dipertikaikan, sebaliknya usaha UMNO/BN Semporna yang telah berjaya mengembalikan kepercayaan 300 ahli Warisan yang kembali menyertai UMNO. Ini jelas menunjukkan bahawa parti pembangkang di daerah Semporna semakin lumpuh, dan rakyat Semporna mula menyedari hanya UMNO/BN sahaja yang memperjuangkan nasib rakyat Semporna. Apatah lagi orang harapan mereka sebelum ini, iaitu DSSA gagal membangunkan Semporna, walaupun beberapa tahun memegang kuasa sebagai menteri di Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah (KKLW).