Penjanjian Malaysia 1963 tiada yang terpaksa dan teraniya.

Diterbitkan pada: 10:45AM 21/09/2017
Kategori: Featured, Isu, Pemikiran
46 Pembaca

Kebanyakkan individu politik pembangkang Sabah banyak menggunakan modal penjanjian Malaysia 1963 sebagai modal utama untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Oleh kerana persoalan-persoalan provokasi dengan bertujuan menwujudkan kebencian tidak menyelesaikan apa-apa tetapi akan membuat perkara ini lebih buruk. Daripada pemerhatian penulis banyak perkara yang dituntut sudah ada di dalam pelembangaan persekutuan tetapi perkara ini perlu diteliti dengan bijak adakah sudah dilaksanakan atau belum. Bukan memwujudkan tuntutan yang mustahil untuk dilaksanakan.

Yang lebih buruk lagi apabila ada yang menyatakan untuk keluar daripada Malaysia.  Menurut  Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan,  Sabah dan Sarawak  adalah merupakan negeri-negeri  Persekujtuan. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian yang sah dalam Persekutuan dan dengan itu tidak boleh keluar dari Persekutuan . Malah  langkah memisah Sabah daripada Malaysia adalah bertentangan  dengan  Perkara 7 dalam senarai  Perjanjian 20  perkara yang menjadi asas pembentukan Malaysia.

Kumpulan yang mendakwa bahawa  Semenanjung Malaysia (Malaya) telah menakluki Sabah dan Sarawak  untuk kepentingan rakyat Malaya perlu megimbas kembali  senario  geo-politik pasca Perang Dunia kedua dan perkembangan politik seterusnya yang    mendorong  rakyat  Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ,Sabah dan Sarawak bersetuju untuk   bersama  -sama  membentuk  Malaysia berteraskan konsep federalisme. pembentukkan yang dilakukan disebabkan oleh kepentingan bersama di masa hadapan.

Sifat yang menyatakan kita dijajah dan dirompak sepatutnya tidak wujud. Jika perkara ini betul berlaku tidak mungkin setiap tahun bajet untuk negeri Sabah ada dalam Bajet Negara. Ada lagi yang menyatakan bahawa kita dipinggirkan dari segi perkhidmatan awam sedangkan bertambah banyak masyarakat Sabah dan Sarawak diberi tempat sebagai menteri dan pengawai tertinggi di Negara kita.

Perkembangan dalam geo-politik rantau Asia selepas Perang Dunia Kedua  jelas memperlihatkan British, yang menguasai Singapura, Brunei , Borneo Utara dan Sarawak bercadang untuk lakukan sesuatu  dalam  menentukan hala tuju masa depan negeri-negeri tersebut. Pegawai-Pegawai British yang pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa keunduran kuasa British dari rantau ini dijangka akan mendedahkan Sabah dan Sarawak kepada ancaman dari Cina, Indonesia dan Filipina. Seorang pentadbir British pernah menyatakan bahawa “If the British moved out, it was likely that both North Borneo and Sarawak would not survive as viable states on their own and the political vacuum would inevitably invite intervention for these neighbouring powers”. 

Dengan laterbelakang geo-politik inilah pemikiran untuk membentuk Gagasan  Malaysia dicetuskan.  Tunku Abdul Rahman pada  27 Mei 1961, semasa beliau menyertai satu majlis makan tengah hari bersama ahli-ahli Persatuan  Wartawan-wartawan Luar Negeri  di Asia Tenggara di Hotel , Adelphi, Singapura,  membayangkan ada kemungkinan  besar Persekutuan Tanah Melayu,  Singapura, Brunei , Borneo Utara dan Sarawak  akan bersatu dalam satu Gagasan yang lebih besar untuk menjamin keselamatan dan pembangunan ekonomi  rantau ini.

Pihak British, yang menjajah negeri-negeri  seperti Singapura , Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sambut baik  idea Tunku dan seterusnya  bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Cobbold pada 16.1.1962 , yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, untuk  mengkaji  pendapat awam  rakyat Sabah dan Sarawak  dalam mengetahui  sama ada  rakyat di kedua-dua negeri tersebut bersetuju atau tidak untuk  bersama Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold tersebut disertai oleh Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd Ghazali Shafei   mewakili kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan  Antony Abell dan Watherston mewakili kerajaan British. Suruhanjaya Cobbold dilaporkan bertemu  hampir 4,000 orang rakyat Sabah dan Sarawak secara langsung dan menerima   2,200 surat dan memorandum  daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin-pemimpin  kaum, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai .  Hasil kajian menunjukkan hampir 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong untuk bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu menubuh Malaysia.

Namun, pemimpin-pemimpin yang mewakili  rakyat Sabah dan Sarawak mencadang agar Kerajaan Persekutuan Malaysia   yang bakal ditubuhkan  perlu mengambil kira  hak dan kepentingan-kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak, terutamanya kaum pribumi Sabah dan Sarawak  dalam merangka Perlembagaan kea rah membentuk  Malaysia.  Maka dengan itu,  Suruhanjaya Cobbold yang dipertanggungjawabkan oleh British terhadap  pembentukan Malaysia  mengesyorkan  agar  Perlembagaan Persekjutuan Tanah Melayu yang disediakan pada tahun 1957  boleh  dijadikan sebagai asas bagi membentuk Perlembagaan Malaysia dengan beberapa pindaan dan memasukkan beberapa perkara yang melibatkan kepentinagan  rakyat negeri Sabah dan Sarawak.                          .

Cadangan Suruhanjaya Cobbold diatas diterima baik oleh pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak dan dengan itu mereka bersetuju menyediakan  satu laporan khas yang mengandungi  beberapa  tuntutan untuk  dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dalam menjamin kepen tingan rakyat Sabah dan Sarawak.  Beberapa kumpulan yang  mewakili rakyat Sabah dan Sarawak , termasuk  parti-parti politik seperti USNO, UNKO United Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation telah menyediakan beberapa memorandam  dan sebahagian besar tuntutannya  berkisar  kepada hal-hal kebebasan ugama, Bahasa,  migrasi dan lain-lain kepentingan khas kaum pribumi Sabah dan Sarawak.

Sehubungan ini, Sabah menyediakan  20 usul dan  Sarawak pula menyediakan  18 usul untuk dipertimbangkan oleh satu Jawatankuasa antara Kerajaan atau  Inter Governmental Committee atau Lansdowne Committee,1963 ( IGC) yang ditubuh khas untuk mengkaji usul-usul daripada  negeri Sabah dan Sarawk.  Usul –usul tersebut dengan jelas menyatakan rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju  bersama  Persekutuan Tanah Melayu membentuk  sebuah negara  yang dirujuk sebagai ‘Malaysia’. Usul-usul rakyat Sabah dan Sarawak kini dirujuk sebagai Tuntutan 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak. Dengan penerimaan dan persetujuan tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak, maka terbentuklah Persekutuan  Malaysia  pada 16  September 1963.

Perlu ditegaskan bahawa Malaysia ditubuhkan berdasarkan kepada sistem pentadbiran federalism. Umumnya, ‘Federalisme’ membawa maksud  beberapa negeri bergabung dibawah sebuah kerajaan pusat. Federalisme membawa pengertian bahawa beberapa negeri yang berautonomi bersatu dibawah sebuah kerajaan pusat dan kuasa pentadbiranya berdasarkan kepada  satu Perlembagaan.  Jadi, Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negera yang bertunjangkan prinsip federalisme dimana ahli-ahlinya dapat mengekalkan  jati diri, identiti dan autonomi  kerajaan negeri masing-masing.

Sebahagian besar perkara-perkara  yang terkandung dalam  perjanjian 20 perkara telahpun dimasukkan aau diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebahagian nya sedang dilaksanakan  oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri masing-masing mengikut kemampuannya.  Hak dan kuasa Negeri Sabah dan Sarawak juga didapati  dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan agar menjadi asas pentadbiran kerajaan Persekutuan Malaysia.

Salah satu tuntutan yang penting yang menjadi asas untuk rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia adalah tuntutan menjamin hak istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Tuntutan penting ini  didapati  termaktub dalam Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan.  Perkara 153(1) menyebut “Menjadi tanggung jawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak”. Dengan ini jelas bahawa hak kaum pribumi Sabah dan Sarawak terjamin dalam Perlembagaan. Pada masa yang sama, lain-lain tuntutan dan harapan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai hak dan kuasa negeri pula dimasukkan.

Jadi apa yang perlu dilakukan oleh kita? Kita perlu menhayati semangat penjanjian Malaysia dan sebagai Sabahan penulis tidak nafikan kita perlu menuntut apa yang ada di dalam penjanjian Malaysia tetapi secara berhemah dan bijak.

 

SUMBER

JASA

BERITA HARIAN

ZAINALD.COM