Putar Belit Hari Malaysia : Politik Murahan Pembangkang

Diterbitkan pada: 9:29PM 18/09/2017
Kategori: Isu, Pemikiran
160 Pembaca

 

Pembangkang di Sabah kebelakangan ini banyak memburukkan dan bercerita bahawa Pembentukkan Malaysia merupakan titik hitam kepada rakyat Sabah. Mereka menyatakan pelbagai cerita buruk yang melawan fakta dan cerita sebenar pembentukkan Malaysia.

Antara isu yang dimainkan ialah soal tarikh kemerdekaan dan penindasan Malaya konon kepada negeri Sabah.

Pada 31hb Ogos 1957 benar Tanah Melayu Merdeka dan 16hb Sept Benar Hari Pengistiharan MALAYSIAApakah signifikan dua tarikh ini terhadap rakyat Malaysia keseluruhannya dan masyarakat Borneo khususnya Sabah dan Sarawak.

Apabila Amerika menandatangi Deklarasi Kemerdekaan pada 4hb Julai 1776 ketika itu hanya 13 Koloni Britain iaitu; Connecticut, Delaware, Georgia, Maryland, Massachusetts Bay, New Hampshire, New York, New Jersey, North Carolina, Pennsylvania, Rhode Island dan Provindence Plantation, South Carolina dan VirginiaHari ini Amerika Syarikat terbentuk dari lebih kurang 50 buah Negeri dan secara keseluruhannya berbangga menyambut 04 July setiap tahun sebagai tarikh penting Independent Of Amerika Syarikat. Rakyat Amerika pun memilih satu tarikh untuk dirayakan bersama dan tiada masalah. Jadi perkara yang dimainkan oleh pembangkang tidak boleh diterima.

Lord Brasse, (Pengarah Syrkt. Borneo Utara) pd. thn 1887. Malcolm Mac Donald, (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) Pada tahun 1948, Dato’ Onn bin Ja’afar pada tahun 1956 adalah nama nama besar yang pernah menyuarakan pandangan untuk pengabungan kepulauan Borneo, Brunei, Sungapura dan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew sendiri telah mendesak British supaya mengadakan rundingan dengan Tunku Abdul Rahman utk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah Kemerdekaan Tanah Melayu tahun 31 Ogos 1957 dan pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah menyetujui dan mengumumkan cadangan gagasan Malaysia di Singapura.

Sebab itu pada saya tarikh 31hb Ogos ini bukan sekadar tarikh penting Kemerdekaan Tanah Melayu namun tarikh ini adalah tarikh MAHA PENTING dalam pembentukan NEGARA MALAYSIA ini. Kerana 31hb OGOS adalah TARIKH AKAR PEMBENTUKAN MALAYSIA dan 16hb Sept adalah TARIKH KERAMAT PENGISTIHARAN MALAYSIA. Sedemikian juga memahami akar wujudnya Negara Malaysia harus dilihat secara jelas dan menerimanya secara telus tanpa prejudis politik dan agenda negatif tersembunyi.

Manakala persoalan penindasan dan penjajahan daripada tanah melayu sebenarnya isu ini tidak boleh diterima. Soalnya banyak tuntutan yang diterima oleh tanah melayu untuk membentuk persekutuan Malaysia. Hampir beratus pindaan dibuat untuk memastikan hak sabah dan sarawak ada dalam perlembagaan. Cuma yang kita perlu teliti ialah perlaksanaan terhadap perkara-perkara yang ada dalam perlembagaan berkaitan Sabah dan Sarawak. Jikalau betul berlaku penindasan dan pemaksaan dalam pembentukkan Malaysia perkara ini tidak akan berlaku.

Sumber

Zainald.com

ABR