Salahkah Memperjuangkan MA1963?

Diterbitkan pada: 2:40PM 07/12/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
24 Pembaca

Kena bezakan perjuangan penjanjian Malaysia berlandaskan pelembagaan dan tidak berlandaskan perlembagaan.

Entahlah dengar sepontong ayat dan menafsirkan sendiri teruslah mahu bawa bergaduh.

Saya rasa kalau kita (Sabah dan Sarawak) dihalang dan diperangi memperjuangkan hak sabah dan sarawak berlunaskan pelembagaan.

Tiada bah. kau dan aku bebas menulis mungkin kita kena ISA sudah kalau di Zaman Tun.
Tiadalah Forum-Forum MA1963 kita buat. Tiada lah kita dapat buat syarikat petroleum sendiri. Tiadalah kita dapat keistimewaan ekuiti dalam penerokaan petroleum di Darat.

contoh yang dimaksudkan oleh TPM ialah mereka yang berjuangkan bukan berlandaskan pelembagaan. Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) ini adalah aktor yang sebenarnya boleh diketegorikan sebagai “non traditional security” yang boleh mengugat keamanan negara.

Walaupun aku tidak pergi PAU. Aku faham memegang tugas sebagai Menteri dalam negeri bukan mudah. Menangani Ancaman-ancaman dalam negara dan luar negara ini
bukan mudah. Jadi tidak hairan ucapan keras dan tegas ini diluahkan.

Pandangan daripada orang lama kemungkinan cara penyampaian dan pendekatan oleh TPM perlu diubah supaya tidak menguris siapa-siapa. Tetapi yang pastinya perkara yang dimaksudkan ialah lebih ucapan kepada ancaman yang wujud yang melanggar undang-undang.

Apa beza kita dengan yang lain ialah kita betul betul nilai sesuatu bukan berdasarkan emosi tapi rasional kita.

okay bezakan juga publisiti murahan dan Akal yang mahal 🤓

sekian
Zainald