SEJARAH POLITIK SABAH TIDAK MEMIHAK KEPADA WARISAN.

Diterbitkan pada: 2:35PM 03/04/2017
Kategori: Uncategorized
1178 Pembaca


Kalau kita kaji sejarah negeri Sabah, Warisan tidak akan berjaya merebut pentadbiran kerajaan negeri Sabah.
Perhatikan perjalanan sejarah politik Negeri Sabah.
1. Parti USNO mentadbir negeri Sabah bersama sama dengan SCA dan UPKO.
SCA- Sabah Chinese Association dan UPKO- United Pasok Kadazan Organization.
Sejarah menggambarkan Kerajaan Alliance yang diterajui oleh USNO tumbang kepada parti BERJAYA.
Pentadbiran BERJAYA pada mulanya dianggap dapat membangun dan bertahan lama juga tumbang oleh parti PBS.
Kekuatan parti USNO dan BERJAYA hancur apabila parti parti itu tidak memenuhi aspirasi rakyat.
USNO dan BERJAYA tidak dapat bertahan lama sehingga kedua dua parti itu berkubur dalam kenangan.
PBS- Parti Bersatu Sabah juga tersungkur apabila parti itu dikhianati oleh pemimpin pemimpin sendiri.
Pada ketika itu, Datuk Pairin dikhianati oleh beberapa pemimpin atas alasan tersendiri.
Kebijaksanaan Datuk Pairin jelas apabila beliau bersedia bekerjasama dengan parti parti Barisan Nasional. Ada juga yang beranggapan bahawa Datuk Pairin telah mengkhianati kaum Dusun/Kadazan/Murut tetapi apa akan terjadi kalau PBS bertahan didalam arena pembangkang? Apakah kaum Dusun/Kadazan/Murut akan dapat menikmati kesejahteraan dan nikmat kemajuan negeri Sabah kalau PBS masih jadi pembangkang?
Kalau dikaji secara teliti, sekarang dikenali sebagai TAN SRI PAIRIN, beliau adalah sebenarnya pejuang ikhlas bagi kaum Dusun/Kadazan/Murut kerana beliau telah mengorbankan kepentingan persendirian demi kemajuan dan kesejahteraan sebilangan besar kaum Dusun/Kadazan/Murut.
Hari ini, sebilangan besar kaum Dusun/Kadazan/Murut mempunyai pelajaran tinggi terutamanya peringkat sarjana muda, Sarjana dan PHD. dan banyak juga sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
Kalaulah Tan Sri Pairin bertahan sebagai pembangkang, sudah tentunya PBS juga akan berkubur seperti USNO dan BERJAYA.
Kebijaksanaan Tan Sri Pairin tidak dapat dipertikaikan kerana beliau memilih untuk bersama sebagai satu komponen parti Barisan Nasional demi memperjuangkan nasib kaum Dusun/Kadazan/Murut. Tidak sia sia beliau diberi gelaran HUGUAN SIAU.
Politik negeri Sabah tidaklah begitu unik kerana kesederhanaan yang dimiliki oleh orang orang negeri Sabah.
Orang Sabah begitu faham tentang kehidupan berbilang bangsa dan juga menerima kenyataan bahawa Sabah ini berbilang kaum tetapi setiap kaum berhak memperjuangkan kaum masing masing diarena politik.
Mana mana parti politik yang berteraskan berbilang kaum secara luaran seperti Parti BERJAYA tidak akan dapat bertahan kerana politik perkauman secara dalaman.
Didalam kesuburan politik masa kini, kita lihat parti WARISAN cuba meniru(emulate) dasar Parti BERJAYA kerana mereka beranggapan topeng pelbagai kaum (Multi-racial) akan dapat mempengaruhi rakyat Sabah.
Parti WARISAN hanya mempunyai seorang pemimpin yang berpengalaman dan pemimpin pemimpin yang lain dalam Warisan belum cukup matang.
Apabila seorang saja pemimpin yang berpengalaman diberi kepercayaan oleh pemimpin pemimpin yang belum cukup matang maka akan terjadilah kepemimpinan ‘in the land of the blind, the one eye man is the king.’
Siapa yang akan rugi kalau rakyat terpedaya memilih parti yang salah?
BAYANGKAN semasa PBS memerintah Sabah dimana PBS tidak sehaluan dengan kerajaan Perseketuan?
Sabah tidak menerima banyak bantuan kewangan dan terpaksa melalui jalan yang begitu sukar. Akhirnya PBS terpaksa akur tentang kesengsaraan rakyat ketika itu.
Apakah rakyat Sabah akan dapat bertahan dan tidak menikmati bantuan kewangan dan kemajuan kalau kerajaan negeri tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan?
Sejauhmana kah laungan Ubah Sabah kalau Sabah tidak dapat bersekedudukan dengan pemimpin pusat?
Apakah rakyat dapat hidup kalau hanya dengan laungan ideology dan cinta Warisan?
WE SIMPLY CANNOT LIVE ON LOVE AND FRESH AIR.
Perjuangan parti Warisan hanya berlandaskan laungan dan tuduhan tuduhan yang berunsur kemarahan dan kebencian terhadap parti yang telah banyak menaikkan nama dan perjuangan pemimpin mereka.
Lihat lah jelajah parti Warisan. Tidak ada sedikit pun laungan yang dapat meyakinkan rakyat tentang cara cara untuk membangun dan meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah. Mereka asik menghentam membuta tuli. Tiada cara untuk mereka mempengaruhi rakyat melainkan memburuk buruk kan kerajaan yang sedia ada.
Rakyat harus berfikir bahawa adalah lebih baik mempunyai se ekor burung digenggaman daripada berharap kepada burung burung yang berterbangan diawan.
Tidak ada satu kerajaan pun yang lengkap (perfect). Dan tidak ada satu kerajaan pun yang dapat memenuhi semua hasrat rakyat.
Lihatlah pada negara America, Britain, Eropah dan mana mana negara maju atau negara sedang maju. Juga, negara Cina dan Jepun. Semua nya nampak cantik secara luaran tetapi tidak perfect kalau dilihat secara dalaman.
Kalau rakyat Sabah memilih parti Warisan, maka negeri Sabah akan mengalami keadaan yang lebih susah kerana Sabah tidak akan dapat sokongan dari Kerajaan Pusat. Sabah akan menjadi negeri tersingkir didalam sebuah negara yang makmur.
Fikir fikirkan lah.

Oleh ; Haji Abdul Jalil Ghani