Semporna tidak maju salah BN atau salah Shafie?

Diterbitkan pada: 12:22PM 06/07/2017
Kategori: Uncategorized
834 Pembaca

Sejak akhir-akhir ini mereka yang pro kepada parti pembangkang  menyatakan bahawa kemunduran di Parlimen Semporna adalah disebabkan oleh Parti memerintah iaitu BN. Shafie merupakan mantan MT UMNO dan orang penting dalam BN Sabah. Jadi mereka membuat kesimpulan BN yang membuat Semporna mundur sehingga sekarang masih ada kawasan yang tidak mendapat kemudahan asas.

Kenyataan yang dikeluarkan adalah bias dan tidak adil. UMNO dan Gagasan BN telah menyediakan platform yang sangat besar kepada setiap wakil rakyat dibawah pakatan BN. Tetapi terserah kepada wakil rakyat itu bagaimana membawa keistimewaan yang diberikan. Dalam kes Shafie yang pernah diberikan jawatan menteri penuh sebagai menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah gagal menggunkan sebaik mungkin untuk rakyat di semporna.

Sepatutnya ahli parlimen yang mendapat kelebihan menjadi Menteri PENUH mengutamakan kawasan parlimen sendiri untuk dimajukan. Untuk rekod tiada yang membanggakan yang terjadi di Semporna semenjak Shafie menjadi menteri penuh. Masih banyak kampung-kampung dan pulau di semporna tidak mendapat akses kemudahan asas. Ada pun projek yang dilaksanakan semuanya projek gajah putih dan projek kroni shafie.  Jadi persoalan salah Shafie atau Salah BN?

BN sudah memberi banyak kemudahan kepada Shafie tetapi tiada yang boleh dibanggakan oleh rakyat semporna dibuat oleh shafie.

Dan yang terbaru shafie menunbuhkan Parti Warisan yang disertai oleh proksi-proksi dan kroni yang mendapat nikmat semasa Shafie menjadi menteri. Jadi apa penyelesaiannya mengenai isu kemunduran di Semporna? Jawapannya tiada!.  Senang cerita Shafie hanya menukar nama Kapal tetapi masih membawa Lanun-lanun kontraktor yang bersamanya dengan menubuhkan Warisan.  Dan semasa menjadi menteri penuh juga Shafie pernahkah menangkat anak Sabah jadi SU dan TKSU dalam kementerianya? Jawapannya tiada.

Okay saya bagi contohlah wakil rakyat yang mendapat menteri penuh tetapi memberi nikmat kepada rakyat di kawasan sendiri. Datuk Rahman Dahlan membangunkan projek perumahan di Kota Belud dan Datuk Salleh menukar hampir semua pencawang telefon dan internet untuk dinaik taraf kepada 4G. Banyaklah contoh menteri Sabah yang ada kuasa membantu negeri dan rakyat ke hadapan.

Yang saya mahu sampaikan disini tubuhlah parti dan lompatlah parti mana pun kalau sifat penyamun dan kumpulan penyamun masih dibawa sampai bila-bila pun masalah rakyat tidak akan selesai. Jadi kepada wakil-wakil rakyat yang mendapat mandat daripada parti kenalah bersungguh-sungguh. Jangan jadi macam Datuk Shafie.