SHAFIE APDAL PURA-PURA TIDAK TAHU WAL HAL YANG MINTA DENGAN MENTERI KEWANGAN KELULUSAN KHAS IALAH MENTERI KKLW

Diterbitkan pada: 12:14PM 15/03/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
467 Pembaca

Hari ini Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal menolak tanggungjawab proses pemberian tender berhubung dengan skandal air Sabah kepada Kementerian Kewangan (MOF).

Katanya di Dewan Rakyat hari, selepas skandal itu didedahkan akhir tahun lalu, terdapat ura-ura yang cuba mengaitkannya dengan kes itu.

Walau bagaimanapun, Shafie berkata, hanya Kementerian Kewangan boleh membuat keputusan dalam proses pemberian tiga tender – terbuka, selektif dan langsung.

Shafie Apdal sama ada buat lawak, buat tak tahu atau memang sengaja Divert. Sedangkan ketika Shafie menjadi Menteri beliau menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 ( Akta 2) dan Akta Kontrak 1949 (pindaan 1973).

Dengan kuasanya itulah dia menghantar surat kepada PM & Menteri Kewangan 1/2 untuk memohon kelulusan. Minta Tender Terhad dan Rundingan terus. Tak bagi marah dan merajuk dengan Menteri Kewangan. Guna alasan macam-macam. Ketua Bahagianlah, untuk parti lah tapi Shafie buat untuk kroni sahaja. Komisen setiap projek minta 15 hingga 20%.

Tanya MOF berapa banyak surat Shafie Apdal hantar kepada MOF? Menimbun. Dia dah diberi ruang peluang banyak sehingga beliau memberontak pada penghujung kerjayanya.

Tanya Shafie Apdal dibawah Projek NKRA 2010-2013. Dia sendiri sebut dalam Parlimen 20b KKLW 13b untuk Sabah. Berapa dia dapat? Kroni dapat!

Hari ini Shafie tanya dia tak terlibat? dia minta, dia paksa dia jumpa PM. Lepas tu salahkan MOF?

Pigi dah. Orang Kampung bolehlah dibodohkan. Tapi yang cerdik tak mungkin dibodohkan.

Oleh : Captain M