Shafie dan Warisan Bakal Jatuh Atau BN Bakal Jatuh?

Diterbitkan pada: 11:47AM 06/06/2017
1333 Pembaca

Shafie iaitu mantan orang kanan dalam UMNO dan Barisan Nasional sering mengeluarkan kenyataan bahawa bakal menewaskan Barisan Nasional dengan meramalkan bahawa parti yang ditunjanginya bakal menang pada PRU14 akan datang.  Indikator seseorang dan parti untuk memenangi pilihanraya perlu diambil kira dalam membawa kemenangan atau kekalahan. Persoalan adakah Shafie atau BN memenuhi indikator dalam sesebuah pilhanraya?

Antara indikator yang biasa dilihat dalam sesebuah pilihanraya kekuatan pemimpin dan sesebuah parti. Adakah Shafie cukup cemerlang selama menjadi menteri dan ahli parlimen di Semporna selama  5 penggal? Apa perubahan yang telah dibawa oleh Shafie boleh membawa kepada sokongan kepada beliau? Adakah Shafie akan membawa tsunami politik? Adakah kesilapan besar kompenan BN Sabah yang memberi ruang kepada Warisan?

Indikator pemimpin, melihat Shafie dahulunya lebih berkerja di peringkat persekutuan dan kurang menyentuh berkenaan isu negeri semasa menjawat jawatan penting di persekutuan. Isu ini selalu dipersoalkan oleh rakyat Sabah. Selain daripada itu, isu-isu masalah air, jalan raya dan elektrik masih berlaku kerana wujudnya banyak projek ‘Gajah putih’ semasa shafie menjadi menteri persekutuan. Khususnya di parlimen Shafie yang lama rindukan pemimpin mereka untuk membawa pembangunan di Parlimen Semporna. Sedangkan Semasa Shafie menjadi menteri KKLW banyak perkara yang beliau boleh bawa dan bangunkan untuk masyarakat Semporna melalui Bajet berbilion ringgit.

Namun, selepas beliau tidak mempunyai kuasa dan dibuang barulah membuat jelajah diseluruh Sabah dengan pelbagai janji selepas tidak mempunyai kuasa. Selain daripada itu, bukti kegagalan Shafie apabila Kerajaan negeri dibawah DSP Musa Ketua Menteri Sabah dan PM telah memberi bajet untuk membina Pasar Besar Semporna dan Kompleks Sukan yang sepatutnya boleh dilaksanakan oleh Shafie semasa menjadi menteri tetapi tidak.  Kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh Shafie kemungkinan boleh membawa kepada kekalahan beliau dan parti beliau dalam pilihanraya akan datang.

Jika melihat kembali kepada sejarah politik Sabah parti-parti ditolak oleh rakyat sabah disebabkan oleh perkara-perkara yang besar. Sebagai contoh parti yang multi etnik yang hampir sama dengan parti Warisan iaitu Parti Berjaya ditolak oleh rakyat Sabah disebabkan isu pulau Labuan yang dekat dihati para pengundi ketika itu. Jadi apakah kesilapan besar UMNO, PBS, PBRS dan parti-parti kompenan BN lain kepada rakyat Sabah sehingga BN perlu ditolak?

Walaupun jelajah yang dibuat oleh parti Warisan dikhabarkan oleh ejen propaganda mereka bahawa ramai yang turun menyokong. Mereka lupa bahawa perkara yang paling penting ialah di kertas undi oleh pengundi. Rakyat Sabah sudah dikira matang dalam politik dan negeri Sabah antara negeri di Malaysia yang mengalami banyak transisi dalam politik. Hatta, Hilary tewas dengan Trump disebabkan undi walaupun kita melihat banyak yang menyokong Hillary. Oleh yang demikian rakyat Sabah akan dapat menilai siapa yang menjual mimpi dan siapa yang memberi realiti.

Barisan Nasional atau BN di Sabah dilihat banyak membawa perubahan kepada rakyat Sabah selepas lama bergelut dalam kestabilan politik. Cuma tidak dinafikan ada kelemahan-kelemahan tetapi masih belum terlambat dalam membaiki kelemahan yang ada untuk mendapat kepercayaan keseluruhan daripada rakyat Sabah. Setakat ini, dilihat BN Sabah lebih peka dengan keperluan rakyat Sabah berkenaan hak tanah adat, hak negeri Sabah, keselamatan, dan ekonomi. Cuma  wakil rakyat BN yang diberi mandat perlu berkerja keras untuk membantu rakyat dan pembangunan pesat perlu seimbang disemua kawasan di Sabah. Nescaya, Parti Warisan dan Shafie akan jatuh pada piliharaya ke 14 di masa akan datang seperti yang berlaku dengan Lajim pada pilihanraya lepas.

Zainald.com

4/6/2017

11.35 AM