TAHUKAH ANDA NEGERI SABAH PUNYA “SABAH INTERNATIONAL PETROLEUM SDN BHD (SIP)”

Diterbitkan pada: 3:02PM 22/02/2017
Kategori: Pro Politik
1478 Pembaca

 

SABAH INTERNATIONAL PETROLEUM SDN BHD (SIP)
Jadikan Sabah Sebagai NEGERI PERTAMA Miliki Syarikat
Pemain Utama Industri Carigali & Pengeluaran Minyak (E&P)
di Malaysia

Kerajaan Negeri Sabah di bawah YAB DSP Musa Hj Aman, telah berjaya mencipta peluang kepada syarikat Sabah untuk menjadi PEMAIN UTAMA dalam industri huluan petroleum di Malaysia.

SABAH INTERNATIONAL PETROLEUM SDN BHD (SIP) [formerly known as M3NERGY SDN BHD] ialah sebuah syarikat milik penuh (100%) Kementerian Kewangan Negeri Sabah (SABAH MoF) yang menjalankan aktiviti Exploration & Production of Petroleum (E&P). Sekaligus menjadikan Sabah sebagai NEGERI PERTAMA DI MALAYSIA yang memiliki syarikat E&P-nya sendiri.

Tambahan pula, SIP juga telah mempunyai pegangan ekuiti dalam Production Sharing Contract (PSC) untuk beberapa blok Telaga Minyak di Malaysia! Blok Daratan (onshore) seperti Blok SB331 dan Blok SB332. Manakala bagi yang di laut pula (offshore), SIP turut terlibat dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi telaga minyak di Blok Ujung Kulon, perairan Jawa Barat.

Pada awal tahun 2016 ini, SIP telah pun mempunyai aset-aset utama (yang cukup produktif) seperti Floating Production Storage Offloading (FPSO). FPSO adalah pelantar produksi minyak mentah petroleum yang boleh bergerak atau berpindah dari satu telaga minyak di laut, ke satu telaga minyak di lokasi yang lain.

Kini, SIP telah menjadi antara PEMAIN UTAMA dalam industri Petroleum di rantau ini, bersaing bersama nama-nama besar seperti Shell, Exxon, SapuraKencana, Petronas Carigali, dan lain-lain. Tahniah dan Syabas kepada Kerajaan Negeri Sabah! MOVING FORWARD & BEYOND!