Tun M tidak pernah dilupakan?

Diterbitkan pada: 3:05PM 06/12/2017
18 Pembaca

Kebelangkangan ini banyak propaganda yang telah dimainkan oleh PPBM bahawa Tun dipadam daripada sejarah negara dan parti. Sedangkan jasa Tun sebagai bekas pemimpin negara dan parti tidak pernah dilupakan oleh pemimpin sekarang. Cuba mengapa isu Tun dipadam dalam sejarah dimainkan?

Jawapannya ialah ini merupakan salah satu teknik politik untuk menagih sokongan daripada rakyat bahawa Tun sudah dilupakan. Sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku.

Jika Perdana Menteri Sebelum ini turun disebabkan antara faktornya ialah daripada Tun tetapi kali ini sepatutnya tidak perlu kita lakukan seperti ini. Sebab pemimpin yang perlu dikekalkan dan diteruskan adalah pemimpin yang dapat menjaga agama, bangsa, dan negara sekaligus mendapat sokongan rakyat.

Penulis juga tidak bersetuju kita melupakan Tun tetapi pada yang sama Tun kena mengakui kepimpinan negara sekarang masih di landasan. Jika benar pemimpin yang agung mereka akan bersungguh melindungi kepentingan negara dan rakyat. Bukan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa kembali