WARISAN- DIMANA KEWIBAWAAN DATUK SHAFIE AFDAL DAN MAMPUKAH BELIAU MEMENANGI HATI RAKYAT SABAH?

Diterbitkan pada: 2:29PM 21/02/2017
Kategori: Pro Politik
501 Pembaca

Selaku penganalis politik masa kini, saya telah mengikuti jelajah WARISAN di Membakut dan di Limbahau, Papar sebentar tadi. Ucapan beliau di Membakut dan di Limbahau, Papar tiada banyak perbezaan. Beliau sering menumpukan ucapan dasar yang HAMPIR sama saja dengan laungan GABUNGAN SABAH.

Dasar Warisan ditumpukan kepada slogan, ‘SABAH UBAH.’
Dasar Gabungan Sabah pula dengan ‘Sabah Untuk Sabahan.’
Pada mulanya, saya rasa terpanggil dengan keluhan Datuk Shafie Afdal. Beliau terus menerus menyalahkan UMNO kerana menggantung keahlian beliau. UMNO hanya menggantung keahlian beliau sementara menunggu pengadilan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi/ Jawatankuasa Disiplin.
Datuk Shafie tidak sabar lalu keluar UMNO.
Dari saat itu, bermulalah beliau meragamkan politik menghentam parti UMNO yang selama ini memelihara beliau dengan segala kemewahan.
Datuk Shafie menerajui parti Warisan dengan dikelilingi oleh golongan orang orang kanan yang juga dari sisa sisa parti persekutuan DAP dan PKR.
Kewibawaan barisan pemimpin WARISAN belum terbukti.
YB Darell Leiking menang atas tiket PKR.
YB Terence Siambun atas tiket PKR.
YB Junz Wong juga atas tiket DAP.
YB Datuk Jaujan atas tiket UMNO.
Kepimpinan kesemua pemimpin Warisan belum di uji kerana mereka telah menderhaka kepada parti ibunda terawal.
Pemimpin agung Warisan pula belum dapat diramal kerana selama ini, Datuk Shafie hanya mempunyai grassroot di Semporna dan berpayungkan Tun Sakaran.
Datuk Shafie Afdal tidak ada karisma persendirian. Kemenangan beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pun adalah kerana beliau mewakili UMNO Sabah. Terkini, ahli UMNO di Sabah terasa terpedaya dengan perjuangan beliau. Beliau seolah olah umpama pisau yang mahu menikam tuan.
Pada pandangan saya, Datuk Shafie tidak akan mampu memenangi hati rakyat Sabah dan terutamanya, golongan Bumiputra Islam.
Sebab sebab kenyataan ini adalah seperti berikut:
1. Selaku Menteri KKLW, beliau sering melaung laungankan belanjawan tinggi untuk Sabah tetapi kalau diteliti dengan mendalam, tidak terdapat pembangunan yang menyerlah.
2. Kepimpinan beliau hanya terhad kepada golongan perkampungan Semporna. Beliau tidak ada grassroot support dari rakyat Sabah secara menyeluruh.
3. Orang orang kanan beliau terhad dengan pengalaman berpolitik.
YB Darell, YB Terence dan YB Junz tidak ada grassroot support. ketiga tiga YB timbul berdasarkan kemampuan parti DAP dan PKR.
YB Datuk Jaujan juga kelahiran UMNO yang diangkat.
4. Adik dan sepupu Datuk Shafie ia ituYB Datuk Yusop Afdal dan YB Datuk Nasir Sakaran juga tidak ada keyakinan terhadap Datuk Shafie Afdal.
5. KDM Malaysia Presiden Datuk Peter Anthony juga belum ada pengalaman berpolitik.
Datuk Shafie Afdal dengan sengaja tidak memberi penghargaan kepada kepimpinan Gabungan Sabah dengan memberi keutamaan kepada kepimpinan Warisan yang belum mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan.
KENAPA DATUK SHAFIE AFDAL memilih YB Darell, YB Terence, YB Junz, YB Datuk Jaujan dan Datuk Peter Anthony?
Ini adalah kerana mereka sahaja yang percaya kepada kepimpinan Datuk Shafie dan oleh kerana mereka belum berpengalaman mentadbir kerajaan, maka senanglah diumpamakan seperti mentadbir kerbau dicucuk hidung.
Mentadbir sebuah kerajaan bukanlah hanya bergantung kepada seorang bekas pemimpin yang tidak mahu memikul tanggung jawab bersama.
Ini adalah pandangan saya selama mendekati parti WARISAN semasa mereka cuba untuk memenangi hati rakyat Sabah. Saya belum yakin PARTI WARISAN mempunyai kewibawaan menerajui sebuah kerajaan. Rakyat harus berhati hati kerana mentadbir kerajaan dan rakyat Sabah bukanlah satu perkara yang remeh temeh.
Salam kesejahteraan untuk rakyat Sabah melalui satu pentadbiran yang mantap.
Fikir fikirkan lah.

OLEH HAJI ABDUL JALIL BIN HAJI GANI