Warisan mula bermain isu agama?

Diterbitkan pada: 2:10PM 27/11/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
31 Pembaca

“Adalah penting agar kita mengekalkan keharmonian kita (di Sabah) dan tidak membiarkan ekstremisme (agama) meresap ke dalam masyarakat kita”._Datuk Shafie Apdal, Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Gereja Daerah Keningau, Pensiangan dan Tenom, 19 November 2017.

 

Jawapan:

 

Rakyat Sabah keseluruhannya sudah mula mempersoalkan secara terang-terangan tindakan ahli politik pembangkang tertentu sejak akhir-akhir ini apabila menjadikan agama sebagai bahan kempen.

 

Baru-baru ini, dianggarkan lima ribu orang mengahadiri satu majlis anjuran parti Warisan di Keningau. Melihat kepada jumlah kehadirian, timbul semacam rasa yakin di kalangan pemimpin parti sehingga menjadikan agama sebagai bahan kempen (secara sengaja) sehingga menimbulkan persoalan di kalangan yang hadir (pemimpin gereja).

 

“Kita di Sabah hidup harmoni walaupun lain-lain agama, senario biasa di Sabah, sebuah keluarga mempunyai ahli keluarga pelbagai anutan agama. Kenapa pernyataan Datuk Shafie tidak selari dengan tindakan?, Dia sepatutnya menjadi pemimpin yang berperanan memberikan didikan dan menanam nilai toleransi, bukan sebaliknya”. Antara persoalan yang ditimbulkan.

 

Di peringkat Nasional, satu Malaysia mengakui Sabah adalah Contoh terbaik dalam memupuk nilai perpaduan kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya namun dapat hidup harmoni tanpa sebarang masalah dan persengketaan.

 

Di peringkat Negeri, rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik dilihat lebih bersikap matang di dalam isu berkaitan agama.

 

Sebaliknya kepimpinan Warisan menjadikannya sebagai modal, bukan setakat untuk memenangi hati rakyat, bahkan lebih dari itu ianya seperti memperlekehkan nilai perpaduan dan kesatuan rakyat di negeri ini.