WARISAN TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA.

Diterbitkan pada: 4:42PM 28/06/2017
Kategori: Isu, Pro Politik
606 Pembaca


Tidak ada pemimpin yang boleh bertahan lama sekiranya dia sudah kehilangan kepercayaan daripada pucuk kepimpinan dan keyakinan daripada rakyat yang dipimpin.
Inilah istilah yang harus disedari dan difahami oleh pemimpin dan rakyat.
Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Afdal adalah bekas Menteri KKLW yang digugurkan oleh pucuk kepimpinan BARISAN NASIONAL. Beliau digugurkan atas dasar tidak sehaluan dengan kepimpinan Barisan Nasional. Apa juga yang di-anggap oleh penyokong Datuk Seri Shafie Afdal, apa yang nyata ialah masa beliau untuk berkhidmat bersama kepimpinan Barisan Nasional sudah berakhir. Beliau harus menerima hakikat itu. Beliau digantung keahlian oleh pucuk kepimpinan juga atas dasar melanggar etika berkumpulan.
Kebanyakkan pemimpin yang lalu, yang telah digugurkan daripada kabinet kerajaan masih tetap menyokong kerajaan kerana itulah etika berkumpulan. Memang ada juga sebilang kecil yang keciwa dan tidak berpuas hati bertindak menghentam pucuk kepimpinan kerana kemarahan dan kehilangan ‘glamour’ daripada pandangan masyarakat.
Pemimpin tidak akan bertahan lama kecuali pemimpin itu berjuang untuk rakyat dengan ikhlas demi perjuangan. Dia akan dinilai oleh Jawatan Kuasa parti/melalui kepimpinan dan dimartabatkan oleh rakyat apabila terus diberi keyakinan dan kepercayaan melalui undian di pilihan raya negeri/umum.
Kalau kita perhatikan keadaan masa kini,, memang ada sebilangan kecil golongan muda dan veteran yang bernafsu untuk menjadi pemimpin dan menerajui pentadbiran kabinet kerajaan. Adakah mereka ini akan diberi kepercayaan oleh rakyat?
Bayangkan Parti Warisan yang tidak mahu bergabung dengan lain lain parti di Sabah. Alasan mereka kononnya penting dahulukan gabungan rakyat daripada gabungan parti. Mereka tidak sedar betapa pentingnya gabungan, baik dari segi gabungan rakyat atau gabungan parti.
Tindakan Parti Warisan untuk bertindak sendirian adalah kerana tidak mahu bersusah payah dan berebut,memilih Jawatan Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Ketua Menteri serta Menteri Kanan.
Gambarkan lah kabinet bayangan Parti Warisan:
Ketua Menteri – Datuk Seri Shafie Afdal.
Timbalan Ketua Menteri:
1. YB Darell – Kuota Bumiputra bukan Islam.
2. YB Junz – Kuota Cina.
3. YB Jaujan- Kuota Bumiputra Islam.
Menteri Kanan- Datuk Peter Anthony.
Jawatan yang lain lain tertakluk kepada siapa cepat dia dapat. Sebab itulah ada yang cepat cepat mahu masuk parti Warisan. Kemana saja kempen Warisan, lebih kurang 40/50% adalah golongan pengiring kesana kemari. Warisan akan mengatakan mereka banyak pengikut, walhal itu cuma gambaran snapshot yang mengkaburi pandangan kebenaran. Memang ada juga golongan peninjau dan pemerhati tetapi bukan penyokong.

Warisan adalah umpama kuih pisang panas panas. Panas kerana marah dan dendam. Panas kerana nafsu mahu jadi orang berpangkat. Panas kerana ingin mencuba melalui jalan pintas.

Warisan hanya melaung laungkan UBAH SABAH. Belum ada halatuju yang konkret. Halatuju apa saja yang bertentangan dengan pentadbiran masa kini.
Bayangkan kalau YB Junz jadi Timbalan Ketua Menteri dan dia syurkan Universiti Sabah yang berhala tujukan keterpencilan sistem pembelajaran, yang berasingan dengan sistem sedia ada. Apa akan jadi kepada masa depan sistem pembelajaran?. Adakah dia sudah buat kajian menyeluruh dengan bantuan professor professor berpengalaman?
Memang senang untuk menunding jari dan menuduh semua yang dilakukan oleh kerajaan itu salah dan seolah olah dia lah seorang dengan partinya boleh menyelesaikan masalah rakyat.
YB Darell pula beranggapan parti komponen Barisan Nasional menuduh parti Warisan adalah parti Suluk. Ini tidak benar kerana anggapan racis bukan lah atas nama tuduhan saja kerana ia harus dengan action.
Warisan adalah parti yang baru lahir dan beranggapan sudah dewasa. Kedewasaan bukan tertakluk kepada kekuatan anggota tetapi harus bijak dan berpengalaman.
Apa pun, rakyat harus berhati hati memilih pemimpin untuk menerajui kepimpinan kerajaan.
Bukan senang untuk mengatasi masalah rakyat dan bukan boleh diatasi dengan janji dan kata kata. Terutama sekali kalau ada rasa marah dan dendam. Kalau ada cita rasa dalam skim ‘cepat kaya’
Bumiputra bukan Islam, Bumiputra Islam dan kaum bukan Bumiputra Islam harus berhati hati memilih pemimpin.
Jangan jadi ‘ mendengar guruh di langit,
air di tempayan di curahkan.’
Jangan kucar kacirkan keharmonian yang sedia ada. Jangan ikut skim ‘cepat kaya.’
kita harus ada rasa berterima kasih dan bersyukor dengan keadaan yang stabil dan mempunyai masa depan yang cerah.
There is always a light at the end of the tunnel.
Fikir fikirkan lah.

Sumber:  FB HJ ABDUL JALIL