Dasar 90% Pengambilan anak Sabah dalam Pendidikan bukan bohong

Diterbitkan pada: 3:08PM 06/01/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
90 Pembaca

Dasar pengambilan guru di Sabah yang mementingkan calon-calon dari Sabah dilaksanakan oleh Kerajaan adalah satu langkah amat baik kepada rakyat Sabah. Sebelum ini banyak politikus yang menyatakan bahwa dasar ini hanya satu mimpi dan mustahil untuk dilaksanakan. Tetapi hakikatnya dasar ini telah dilaksanakan.

Dasar ini bukannya gula-gula politik semata-mata kerana dasar ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2015 lagi. Buktinya banyak anak Sabah telah berjaya diserapkan ke sekolah-sekolah di Sabah. Kali ini iklan pengambilan guru agak menarik untuk mengisi kekosongan.

Kita sebagai anak muda Sabah harus mengambil ruang dan peluang dalam hal ini. Saya menyeru kepada semua graduan di Sabah untuk mengisi kekosongan yang diiklankan.