DUN KLIAS bakal Menjadi DUN BN

Diterbitkan pada: 1:50PM 07/02/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
36 Pembaca

Datuk Lajim dahulunya dilihat sebagai politikus yang berpengaruh tetapi sejak kebelakangan ini kurang dilihat memberi kesan kepada masyarakat Sabah khususnya di Klias sendiri. Kurang aktiviti yang diajurkan oleh Datuk Lajim dalam membantu rakyat

 

PRU13 Datuk Lajim hanya majoriti kecil sebanyak 179 undi, manakala daftar pengundi PRU13 untuk DUN N25 Klias seramai 15,338 orang (PRU14 jumlah semakin bertambah yang kebanyakkan ialah golongan muda) jika BN menurunkan calon yang layak di kawasan ini pasti akan memberi kelebihan kepada BN.

 

Banyak  program pembasmian kemiskinan yang telah dijalankan  seperti Mini Estete Sejahtera (MESEJ), setakat ini terdapat 52 projek (34 buah MESEJ Pertanian – 1,122 peserta, enam buah Mesej Akuakultur – 542 peserta, sembilan buah Mesej Mikro Akuakultur dan Mesej Mikro Pertanian – 119 peserta dan tiga buah Mesej Bersepadu – 104 peserta) di seluruh Sabah. Di N25 Klias yang terletak di Kg. Montenior, Beaufort melibatka seramai 66 orang peserta (melibatk dua fasa masing-masing seramai 33 orang) dalam MESEJ tanaman getah.

kemungkinan DUN KLIAS menjadi kawasan BN sangat tinggi jika calon dan usaha yang berterusan dilakukan oleh parti untuk membantu rakyat di kawasan ini. Kajian pilihanraya juga menunjukkan bahawa pilihan utama pengundi pada masa ini selain daripada parti ialah calon itu sendiri.