Isu Kekuatan Pembangkang Jawapan kepada Jimmy Wong

Diterbitkan pada: 12:23PM 05/02/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
65 Pembaca

“Semasa PRU13, Dr Mahathir, Muhyidin Yassin dan Shafie Apdal masih bersama UMNO. Sekarang mereka tidak lagi bersama UMNO. Mereka ini semuanya heavyweight pembangkang dan HARAPAN, jadi peluang untuk menang akan lebih”_Jimmy Wong Sze Phin (Penasihat DAP Sabah), Borneo Today, 23 Januari 2018.

 

Jawapan:

 

Umumnya, untuk melawan dan menang ke atas BN memerlukan barisan parti pembangkang yang betul­betul kuat, namun ketika ini rakyat melihat pembangkang sedia ada tidak mampu untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil.

 

Kenyataan penasihat DAP Sabah tersebut hanya sekadar untuk menutupi kelemahan mereka. Hakikatnya, BN masih lagi kuat di peringkat Nasional mahupun Negeri.

 

Terkini apabila Pakatan Harapan menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU14 sebenarnya telah mengguris hati pendokong reformasi sebelum ini yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

 

Tindakan Tun Mahathir memenjarakan Anwar dengan pertuduhan liwat tidak mudah untuk dilupakan oleh penyokong setianya. Rakyat maklum bahawa musuh utama Tun Mahathir selama ini ialah Anwar Ibrahim, bekas timbalannya yang cuba untuk merampas kedudukannya sebagai PM.

 

Di peringkat Sabah, keadaan pembangkang pun serupa masih tercari-cari formula untuk menentukan jumlah pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan sekutunya Warisan. Ditambah pula dengan pengaruh Gabungan Sabah yang semakin kuat.

 

Satu persoalan besar yang sering dibincangkan di kedai-kedai kopi ialah mengenai barisan pemimpin parti pembangkang yang majoritinya dahulu terdiri daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) kini begitu giat mengutarakan permasalahan rakyat dalam usaha menarik masyarakat bersama mereka.

 

Agak menghairankan bila mereka ini memegang jawatan menteri semasa berada dalam BN tidak berbuat demikian, hanya pada masa ini mereka melakukannya. Ternyata mereka ini secara sengaja menggunkan posisi sebagai pembangkang untuk tujuan survival politik.

 

Walau bagaimanapun, Faktor utama yang membolehkan BN menang PRU14 ialah pendekatan yang digunakan selama yang sentiasa mendampingi dan membantu rakyat adalah amat berkesan. Jentera BN aktif di setiap kawasan menemui masyarakat merupakan kekuatan yang tidak ada pada pembangkang.