Isu Kereta api yang dimainkan oleh Parti Warisan (PAWAS).

Diterbitkan pada: 1:37PM 16/04/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
89 Pembaca
Isu Kereta api yang dimainkan oleh Parti Warisan (PAWAS).

Shafie Afdal dalam setiap jelajah politik beliau akan menyatakan isu berkenaan Kereta Api yang rosak semasa beliau menggunakan pengangkutan tersebut semasa ke Tenom.

Sedangkan semasa beliau menjawat jawatan menjadi Menteri KKLW boleh sahaja menggunakan kuasa menteri untuk memberi perhatian berkenaan isu kereta api ini tetapi tidak pernah diambil perhatian oleh beliau sebagai menteri pada masa tersebut. Tetapi selepas tidak menjadi Menteri dan tiada kuasa baru menyatakan hal ini.

Untuk maklumat penyokong Warisan, Kerajaan dalam proses menaiktaraf landasan dari Halogilat ke Tenom dengan menggantikan rel daripada 60Ib kepada 80Ib dengan kos RM49.6 juta bagi membolehkan penggunaan lokomotif lebih berkapasiti tinggi, selesa dan selamat kepada penumpang.

Penambahan 3 set Diesel Multiple Unit (DMU) lagi dengan kos RM46 juta yang akan membolehkan JKNS menambah jadual perkhidmatan mengikut permintaan semasa. Semua perkara ini memang sudah dalam proses dilaksanakan jadi Shafie tidak perlulah menfitnah kerajaan tidak ambil peduli keperluan rakyat.

Isu tugas kerajaan negeri atau tugas kerajaan persekutuan tidak perlulah beliau mainkan. Sebab jika beliau betul-betul anak Sabah semasa beliau menjadi menteri lebihkan projek pembangunan untuk negeri Sabah. Selepas itu pastikan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja dengan betul dan bukan projek “gajah putih” dengan erti kata lain dana projek ada tetapi rakyat tidak mendapat nikmat.

Zainald.com