Isu Tanah Adat Yang Berjaya diperjuangkan BN Sabah

Diterbitkan pada: 1:14AM 11/01/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
22 Pembaca

Apabila ada yang menyatakan bahawa isu tanah adat tidak diperjuangkan oleh BN Sabah itu adalah perkara yang tidak benar. Menurut fakta daripada BERNAMA Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah menetapkan sasaran untuk melaksanakan pengukuran Tanah Hak Asasi Anak Negeri (NCR) seluas 17,000 hektar menerusi program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan Geran Komunal sepanjang tahun ini.

Dalam Bajet 2018 kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM20 juta untuk kerja pemetaan serta pengukuran tanah-tanah adat di Sabah dan peruntukan itu akan melancarkan serta memberi kesinambungan terhadap program PANTAS dan Geran Komunal

Sejak PANTAS diperkenalkan pada 2011, sebanyak 21,378 lot tanah dengan jumlah keluasan 36,137.02 hektar melibatkan 92 kampung di seluruh Sabah telah berjaya diukur sehingga Disember 2017.

Program Geran Komunal pula sebanyak 73 Geran Komunal telah siap diproses dan dikeluarkan melibatkan 217 kampung di 12 daerah, dengan jumlah keluasan 122,048.03 ekar (49,405.64 hektar) sehingga Disember 2017 sejak ia diperkenalkan pada 2011.

Seramai 10,636 dalam kalangan ketua isi rumah anak negeri Sabah telah mendapat manfaat daripada program Geran Komunal dan untuk tempoh tahun 2017 sahaja empat Geran Komunal telah selesai diukur dengan keluasan 5,568.10 hektar.

Fakta yang ditunjukkan ini membuktikan bahawa kerajan BN Sabah serius dalam memperjuangkan hal tanah adat di Sabah.