Isu Tanah Sabah : Jawapan untuk Wira Warisan Azis

Diterbitkan pada: 7:48PM 09/03/2018
Kategori: Uncategorized
101 Pembaca

Dalam ucapan azis menyatakan dasar yang dibuat oleh ketua menteri sabah dan kerajaan negeri terhadap pemberian tanah natif dan komunal adalah atas desakan oleh Parti Warisan. Sebenar hal ini adalah fitnah terhadap kerajaan negeri dan ketua menteri.

Hal yang sebenar ialah kerajaan negeri dan ketua menteri sabah sudah melaksanakan dasar pemberian status tanah kepada rakyat Sabah sejak warisan tidak ada lagi. Perkara ini terus diberikan walaupun bukan pada musim pilihanraya dan walaupun selepas pilihanraya.

Untuk rekod fakta Sejak 2011-2017(tempoh 6 Tahun), kerajaan negeri telah menganugerahkan 89,294.58 ekar iaitu merangkumi 21,408 lot atau geran NT yang melibatkan 21,408 bilangan ketua rumah di 15 daerah seluruh negeri Sabah. Manakala geran komunal pula telah dianugerahkan kepada 10,636 peserta/beneficiaries dengan keluasan 122,048.03 melalui 73 geran di 12 buah daerah di seluruh negeri Sabah.

Jadi tiada isu yang menyatakan bahawa pemberian tanah ini disebabkan oleh Parti Warisan. Kerajaan negeri terus memberi kepada rakyat dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak