Jawapan Isu Kuasa ditimbulkan oleh Warisan.

Diterbitkan pada: 7:55PM 09/03/2018
Kategori: Uncategorized
56 Pembaca

Dalam ucapan ketua menteri baru-baru ini ada menyatakan bahawa kuasa yang ada sekarang ini perlu diberikan untuk membantu rakyat. Tetapi hal ini dibidas oleh ketua wira Warisan bahawa menyatakan kuasa ini tidak digunakan dengan baik. Jawapan kepada bidasan ini ialah  DSP Musa Aman telah menggunakan kuasa sebaiknya membantu rakyat dalam banyak isu hal ini sepatutnya disokong.

Seorang pemimpin perlu disokong penuh jika menggunakan kuasa untuk membantu rakyat dan seorang pemimpin perlu ditolak jika menggunakan kuasa ke tempat yang salah. Sepatutnya isu kuasa ini, Ketua Wira perlu tanya sendiri presiden Warisan. Apa yang telah dilakukan sepanjang menjadi menteri KKLW? adakah presiden warisan Shafie menggunakan kuasa dengan sebaiknya.

Untuk rekod sepanjang Shafie menjadi menteri tidak banyak perubahan dan kebaikan yang Sabah dan Parlimen Semporna perolehi. Jadi persoalan Kuasa perlu ditanya kepada Shafie dan Warisan.