Jawapan Kepada Isu BALB dan Janji Politik.

Diterbitkan pada: 7:35PM 13/02/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
23 Pembaca

“Sehingga saat ini masih belum ada lagi sebarang kerja pembinaan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dilaksanakan, seolah-oleh ianya sekadar ‘projek halimunan’. Adakah ini cuma janji-janji politik? Mana pemimpin-pemimpin tempatan yang gagal membela nasib kami dan hanya muncul setiap kali menjelangnya pilihanraya?_Penduduk 15 buah kampung sekitar Mukim Apin-Apin yang terjejas di Keningau, Borneo Today, 5 Februari 2018.

 

Ulasan:

 

Tidak menjadi kesalahan bagi penduduk kampung tersebut menagih janji yang telah dibuat oleh pemimpin yang berkenaan. Manakala di pihak kerajaan pula janji tersebut merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan agar rakyat dapat menikmati kemudahan asas yang sememangnya merupakan hak mereka. Namun begitu adalah diharap agar para penduduk yang terjejas tersebut bersabar.

 

Seperti yang kita maklum, setiap projek pembangunan kerajaan memerlukan kajian sebelum ianya dilaksanakan sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan. Sepanjang kajian dijalankan, jawatankuasa khas teknikal atau jawatankuasa pemandu diperingkat daerah akan membincangkan sebarang isu dan persoalan yang wujud berhubung projek tersebut dan seterusnya mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul agar projek berkenaan dapat dilaksanakan.

 

Pihak kerajaan sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan peruntukan berjuta ringgit bagi tujuan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kerana itu merupakan keperluan asas rakyat. Namun adalah tidak adil bagi pihak kerajaan apabila dituduh hanya memberikan ‘janji-janji politik’.

 

Tidak semestinya adanya pembangunan fizikal baru dianggap sesuatu projek tersebut bermula. Kerja-kerja pengumpulan profail kawasan yang terjejas adalah diperlukan sebelum pembangunan fizikal dibuat. Sudah pasti kerja-kerja ini tidak nampak atau ‘halimunan’ di mata rakyat kerana ianya hanyalah maklumat-maklumat dan data-data primer ataupun sekunder.

 

Oleh yang demikin, soal masa pelaksanaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana yang lebih penting ialah projek tersebut dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada penduduk secara berterusan.