Jawapan kepada isu Penambahan 13 Kerusi DUN Sabah

Diterbitkan pada: 12:25PM 05/02/2018
Kategori: Isu
39 Pembaca

“Kita menganggap bahawa BN bimbang mungkin ada perebutan kerusi di kalangan komponen dan juga kemungkinan kerusi baru tersebut jatuh kepada pembangkang”_Datuk Jeffery Kitingan (STAR), Free Malaysia Today, 24 Januari 2018.

 

Jawapan:

 

Penambahan 13 kerusi DUN Sabah bukanlah bertujuan untuk memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik samada BN mahupun pembangkang.

 

Tetapi sebaliknya tujuan yang lebih besar dan utama adalah untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Soal sekiranya kerusi baru tersebut jatuh ke tangan pembangkang hanyalah andaian semata yang tidak berasas.

 

Pada PRU-13 lalu, daripada 48 DUN yang dimenangi BN, tiada kawasan yang menunjukkan jumlah undi pembangkang (termasuk calon bebas) melebihi undi yang diperolehi calon yang mewakili BN. Dengan situasi demikian, tidak ada asas mendakwa bahawa tambahan kerusi tersebut akan memihak kepada pembangkang.