Jika Tun M Jadi PM Sabah Kembali Seperti dulu?

Diterbitkan pada: 12:33AM 09/01/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
22 Pembaca

Semasa Tun M jadi Perdana Menteri. Tun terkenal sebagai PM yang diktaktor dalam pertadbirannya. Sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pendirian Tun M akan di singkirkan dalam arena Politik. Tun dilihat berjaya kalau di semenjung Malaysia tetapi tidak di Sabah dan Sarawak.

Semasa pertadbiran Tun selama 22 Tahun Sabah agak ketinggalan berbanding semenajung Malaysia dari segi jalan raya dan kemudahan Asas. Adakah Tun cerita pasal mau bagi balik hak negeri Sabah berdasarkan MA63?Jangan lupa Jeffrey kitingan pun kena ISA oleh Tun.

Lain lagi mantan CM Sabah Harris yang kena bagi amaran bila cakap pasal hak Sabah.Dan tiba-tiba Warisan akan berkerjasama dengan pakatan Tun M.Jadi Warisan nie berjuang untuk rakyat Sabah? atau mahu kembali Sabah semasa zaman Tun M sbb mau kuasa semata-mata?

Jika dilihat sekarang Sabah dan Sarawak mula dapat perhatian dan hak mengenai Sabah dan Sarawak. Jika Pakatan Tun M memerintah tidak mustahil kuasa dan hak Sabah dan Sarawak tidak akan dibincangkan dan kemungkinan mereka yang menentang akan dikenakan ISA seperti dahulu.